Orang kafir sememangnya anti Islam.  Itu sudah terang dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Orang bukan Islam  yang paling anti kepada Islam ialah Yahudi dan kaum musyrikin. Sementara  yang paling kurang anti Islam ialah mereka yang berkata bahawa mereka  adalah Nasrani. Ini dapat difahami daripada firman Allah SWT:
لَتَجِدَنَّ  أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ  أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا  الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ  وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami Ini orang Nasrani". yang demikian itu disebabkan Karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) Karena Sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri.
(Surah Al-Maidah: Ayat 82)
Pertubuhan Hak Melayu (PERKASA) mendakwa akhbar The Star sebagai anti Islam kerana menyiarkan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.(Malaysiakini)
Persoalan  orang bukan Islam sebagai anti Islam bukanlah pendedahan baru. Allah  SWT telah menegaskan perasaan permusuhan itu dalam Al-Quran sebagaimana  dirakamkan dalam ayat di atas.Ia juga tidak mengejutkan. Adalah naif  kalau kita menduga dan mengimpikan mereka mencintai Islam. Dengan  segenap daya dan upaya yang mereka ada, mereka akan berusaha untuk  menjadikan orang Islam mengikut cara mereka. Kalau mampu melucutkan  Islam daripada penganutnya, mereka akan ambil kesempatan. Jika tidak  mampu, mereka akan menarik orang Islam mengikut cara mereka. Hakikat ini  telah pun diberi peringatan oleh Allah dalam Al-Quran dan nabi Muhammad  SAW dalam hadis-hadis baginda.
Maka,  apa perlunya Perkasa berteriak bahawa akhbar The Star itu anti Islam?  Sebenarnya, kedapatan di kalangan orang yang mengaku Islam sendiri yang  anti Islam. Inilah yang lebih menghairankan. Dalam masa mereka ini  mendakwa sebagai muslim, apabila diperkenalkan tuntutan dan kemahuan  Islam ke atas mereka, mereka menolaknya. Kekadang, penolakan mereka  memperlihatkan betapa mereka bersikap tidak suka kepada Islam. Dengan  kata lain, sikap anti Islam.
Kalangan  orang Islam yang menolak politik Islam adalah anti Islam!
Mereka yang enggan menjaga sosiologi masyarakat dalam batas Islam, malah merobeknya dengan budaya rosak dari negara bukan Islam, sebenarnya juga anti Islam.
Sementara Islam punya perundangannya tetapi masih bergayut kepada perundangan kafir, itu juga sifat anti Islam!
Feminis yang bencikan jilbab, poligami dan hukum faraid Islam adalah anti Islam!
Politikus oppurtunis, sekularis dan nasionalis yang bencikan para ulama dan meremehkan kepentingan mereka dalam bernegara adalah anti Islam!
Mereka yang enggan menjaga sosiologi masyarakat dalam batas Islam, malah merobeknya dengan budaya rosak dari negara bukan Islam, sebenarnya juga anti Islam.
Sementara Islam punya perundangannya tetapi masih bergayut kepada perundangan kafir, itu juga sifat anti Islam!
Feminis yang bencikan jilbab, poligami dan hukum faraid Islam adalah anti Islam!
Politikus oppurtunis, sekularis dan nasionalis yang bencikan para ulama dan meremehkan kepentingan mereka dalam bernegara adalah anti Islam!
Sikap  anti Islam kaum bukan Islam sudah nyata. Ia tidak mungkin dihilangkan.  Ia mungkin hanya dapat dijernihkan buat satu tempoh,  namun, tenang riak  di permukaan bukanlah gambaran damai di dasarnya. Petunjuk dan  kesesatan tidak akan berdamai sampai bilapun. Syaitan dan malaikat  sering bersengketa. 
Namun  sikap anti Islam orang Islam terhadap agamanya sendiri, ini yang perlu  diutamakan. Apa guna mencela kaum bukan Islam kerana sikap anti  Islamnya, sedangkan dalam masa yang sama menjadi pembela kepada serigala  makir yang berkeliaran dalam kandang Islam dengan perasaan "aladdul khisom" terhadap Islam agamanya sendiri!
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 


























































0 comments:
Post a Comment