Persatuan Bekas Polis Terengganu membuat laporan polis mendakwa Kenyataan Mat Sabu dalam satu ceramahnya sebagai menghina maruah anggota polis. Mat Sabu juga dituduh sebagai berideologi komunis. Ini adalah berikutan komennya dalam ceramah itu berkenaan polis yang terbunuh dalam peristiwa di Bukit Kepong itu bukalah pahlawan bangsa.(Rujuk: Malaysiakini)
Aku tidak sukar untuk memahami rasional dan logik Mat Sabu. Aku rasa sesiapa yang suka gunakan fikiran boleh memikirkan kenapa Mat Sabu berhujah begitu. Namun, seorang yang fikirannya telah dikematukan oleh cerita sejarah negara yang disembunyikan, diolah agar selari dengan ideologi parti pemerintah, akan segera melatah. Maka, tidak hairan kalau ada yang dengan marahnya mengannggap Mat Sabu sebagai komunis, pengkhianat bangsa dan sebagainya.
Isu ini masih panas. Aku tidak perlu hurai banyak. Setiap orang dari kita yang punya akal fikiran harus berfikir. Sejarah yang diberitahu kepada kita tentang peristiwa Bukit Kepong itu ialah bahawa ianya berlaku sebelum kemerdekaan, iaitu tahun 1950. Waktu itu penjajah Inggerislah yang memerintah negara ini. Kalau ada polis, ia adalah polis Inggeris. Sekalipun bangsanya Melayu, ia adalah polis Inggeris. Inggeris banyak melatih polis-polis dari bangsa lain untuk membantu mengekalkan hagemoni kuasa penjajahannya. Inggeris melatih askar upahan dari India sewaktu menangani kebangkitan penentangan pembesar Melayu di beberapa tempat. Di Tanah Melayu, bangsa Melayu juga dilatih menjadi polis dan askarnya. Kemudian, mereka ditugaskannya di seluruh negara. Kesetiaan para polis ini tentulah kepada pegawai pemerintahnya yang waktu itu adalah pegawai Inggeris. Lihat bagaimana tabik "spring" yang diberikan oleh sarjan Hassan (dalam filem Sarjan Hassan arahan P. Ramli) ketika bertemu seorang pegawai Inggeris dalam hutan semasa berperang melawan Jepun.
Melihat sepintas lalu filem Bukit Kepong, bagaimana polis-polis itu dikeronyok oleh komunis, kita akan merasa marah. Jika tidak fikir beberapa lapis, kita akan terus melebelkan polis-polis itu sebagai pahlawan bangsa kerana mereka itu bangsa Melayu. Sedangkan mereka adalah polis yang bertugas di bawah arahan British. British yang menubuhkan balai di Bukit Kepong itu dan mengirimkan pegawai-pegawainya yang telah dilatih dari kalangan anak pribumi. Lalu, serangan komunis tersebut bukanlah serangan kepada bangsa Melayu, tetapi kepada koloni British. Perang saraf penjajahlah yang telah berjaya meracuni fikiran kita untuk mengatakan mereka yang menentang beberapa koloni yang dibentuk oleh mereka sebagai serangan kepada bangsa Melayu.
Hari ini, banyak sejarah yang serupa dan senada ini diceritakan kepada kita. Kita disogok dengan cerita kepahlawan Leftenen Adnan. Sedangkan Leftenen Adnan itu adalah seorang askar British sungguhpun bangsa melayu. Melayu belum ada pemerintahan di zaman itu untuk dikatakan dia askar Melayu. Mungkin hanya boleh dikatakan sebagai askar berbangsa Melayu dalam askar British. Matinya Leftenen Adnan sepatutnya lebih ditangisin oleh British berbanding bangsa Melayu. Andainya Leftenen Adnan berjaya mempertahankan kawasannya daripada serangan Jepun, yang untung adalah British. Jika itu berlaku, selepas kepulangan British, Leftenen Adnan akan dianugerahkan pingat keberanian dan ketatannya akan kembali bersimpuh di kaki British.
Kita tidak pernah mendengar dalam sejarah ada polis atau askar Melayu zaman itu bunuh pegawai penjajah. Itu kerana mereka adalah asuhan dan kader penjajah. Tetapi, kita banyak membaca sejarah pegawai penjajah yang mati diserang komunis.

(Insya Allah...bersambung)
0 comments:
Post a Comment