Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Perpustakaan Desa Kg. Datuk

December 7, 2009

Beberapa hari ini, sejak pulang ke kampung, aku tidak dapat membuat sebarang posting kerana ketiadaan acces internet di rumahku di kampung. Untuk ke cyber cafe, aku tidak berminat.  Memang mengunjungi cyber cafe adalah perkara yang amat jarang aku lakukan. Selain servis internet yang tak memuaskan, aku juga tidak suka dengan suasana cyber cafe yang tidak menenangkan. Lebih-lebih lagi, sesetengah cyber cafe juga berperanan sebagai pusat game.

Namun, ketika solat zohor di masjid kampungku, masjid yang punya banyak kenangan zaman remajaku, aku melihat seorang anak muda bersama laptopnya di salah satu penjuru masjid. Aku bertanyanya, apa yang dia lakukan. Katanya, dia sedang access internet. Aku terkejut dan bertanya apakah ada wireless di perpustakaan desa yang terletak di pekarangan masjid itu. Ternyata aku tidak mengetahui mengenai hal adanya wireless di perpustakaan desa dalam kawasan masjid kampungku.

Masjid Kg. Datuk, Kedah.



Perpustakaan Desa Kg Datuk, Kedah.

Projek perpustakaan desa telah berjalan bebeapa tahun kebelakangan ini di seluruh daerah-daerah di negeri Kedah. Kebanyakan perpustakaan desa tersebut di bina di perkarangan masjid. Masjid Kg Datuk adalah salah sebuah masjid yang terpilih. Aku meihat aktiviti perpustakaan desa ini cukup memberangsangkan. Sekurang-kurangnya kanak-kanak dan remaja punya tempat untuk berlepak sambil membaca. Sekarang, sudah ada internet, tentu lebih menarik dan bakal membuka ruang maya buat genererasi baru desa.

Hari ini aku dapat membuat access. Alhamdulillah.