Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

MUHASABAH SOBAH

February 1, 2009


Semalam, kami bersama-sama dalam program Qiamullail Jama'i dan solat malam fardi di masjid As-Syakirin, Indah Jaya, Sandakan.
Sesi muhasabah selepas Qiamullail pagi ini, Ust Wan Zulkifli membuka tirai dengan mengingatkan bahawa kehidupan kita hendaklah dibina atas asas agama. Agama hendaklah menjadi ukuran dalam semua tidak tanduk kita. Dari hal yang sekecil-kecilnya hinggalah hal yang sebesar-besarnya.
Inilah yang sering kita ungkapkan dalam serangkai iftitah solat:
إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah aku diperintah (untuk berpegang)dan aku merupakan orang yang pertama Islam".
Agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam, sementara agama lain adalah ditolak biar sebagaimana indah sekalipun dihiasi oleh pendokongnya. Firman Allah SWT:
إن الدين عند الله الإسلام

"Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam".
Sdr Ramlan Rahimin, menyebutkan tentang masa yang berlalu dengan cepat. Jika kita hilang kendala dalam menguruskan masa, kita akan menjadi orang yang rugi. Kita akan ditinggalkan oleh masa sedangkan kita dalam kelalaian dengan dunia. Siapa yang menjadikan agama sebagai panduannya, dia tidak akan rugi.
Aku menyebutkan tentang umur yang pantas sekali beranjak. Rasanya baru kelmarin aku menjalani zaman kanak-kanakku yang indah, lihai dan santai. Rasanya baru kelmarin aku bersama teman-teman kanak-kanakku mandi sungai terjun dari dahan berjuntai, melastik burung tak berdosa, main tembak menembak dengan bedil bambu dan segala ragam keseronakkan zaman kanak-kanak.
Tiba-tiba kini, usiaku telah dalam fasa 30-an dan menginjak usia tua serta mendekati jurang kematian. Kematian itu amat pasti dan meyakinkan sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran: 
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

 "Dan sembahlah TuhanMu sehingga datang kepadamu yaqin".
(Al-Hijr: Ayat 99)
Marilah kita mengenang masa-masa kita sebatang kara di dalam lubang kubur yang sempit. Masa-masa itu kita akan mensesali apa yang telah kita perbuat di dunia sama ada disebabkan mensia-siakan umur dengan kemaksiatan atau disebabkan sedikitnya amal. Kita pasti menyesal.
Marilah kita hidup berjemaah dan mencinta sahabat seperjuangan kerana itulah tanda kesempurnaan iman kita. Jika kita hidup sendiri, beribadat sendiri, berjuang sendiri, kita hanya laksana daun kering yang hanyut terolang oleng dalam arus sungai. Pastinya kita akan tenggelam timbul dalam arus dunia yang kejam ini dan akhirnya daun kering tersangkut hilang di tebing entah di mana.
Dengan hidup berjemaah, kita berharap baki perjuangan yang kita tinggalkan akan disambung dan kita menjadi sebahagian mata rantai para pejuang yang terdahulu maupun yang akan datang.
Semoga dengan itu, kita telah menghargai umur kita dan kita menjadi golongan berbahagia di alam sana.

0 comments:

Post a Comment