Dalam sebuah liqa', aku melontarkan satu pertanyaan:
"Apakah sandaran bagi amalan sesetengah tariqat yang mengadakan majlis zikir sambil berdiri dan kemudian melompat-lompat, apakah ia ada dalam Al-Quran maupun hadis?".
Rujuk contoh:
Tariqat alawiya
Tariqat Naqsyabandi
Syeikh muda itu menyebutkan sebuah firman Allah swt dari surah Ali Imran ayat 191:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Katanya, dari ayat tersebut jelas Allah menyebutkan bahawa zikir itu boleh dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Justeru, tidak menjadi kesalahan kalau berzikir sambil berdiri dan melompat sebagaimana yang dipraktiskan oleh sesetengah golongan tariqat.
Jawapan Syeikh tersebut tidak meyakinkan aku. Aku menyemak sebuah kitab tafsir untuk mengetahui maksud ayat tersebut iaitu Tafsir Al-Qurtubi.
Apa yang dimaksudkan berdiri, duduk dan berbaring menurut Tafsir Al-Qurtubi ialah:
"Mengingati Allah dalam keadaan berdiri ketika solat, dalam keadaan duduk ketika solat dan bukan solat, dalam keadaan berbaring ketika tidur".
Apa yang dimaksudkan berdiri, duduk dan berbaring menurut Tafsir Al-Qurtubi ialah:
"Mengingati Allah dalam keadaan berdiri ketika solat, dalam keadaan duduk ketika solat dan bukan solat, dalam keadaan berbaring ketika tidur".
Jadi, jelas daripada tafsir ulama-ulama tafsir bahawa makna zikir dalam ayat tersebut merujuk kepada solat sama ada berdiri atau duduk.
Selain daripada itu, zikir pula dilakukan dalam keadaan sebagaimana yang dimaksudkan menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-'Araf, Ayat 55:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".
Doa adalah termasuk dalam makna zikir.
Sabda Rasululullah SAW:
صل قائما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنبك
"Solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampun solatlah dalam keadaan duduk, jika tidak mampu, solatlah di atas lambungmu (mengiring)".
(Bukhari dan Muslim)
(Bukhari dan Muslim)
Mentafsirkan ayat itu sebagai menyokong kewajaran zikir sambil berdiri, hatta melompat dan menari sebagaimana kelakuan beberapa golongan tariqat, adalah menyimpang dari tafsir yang ma'sur.
Nampaknya, mereka yang menamakan diri mereka golongan sufi mempunyai cara tersendiri dalam mentafsirkan ayat Al-Quran. Tidak merujuk kepada tafsir muktabar tetapi menggunakan pendekatan tafsir kesufian.
Nampaknya, mereka yang menamakan diri mereka golongan sufi mempunyai cara tersendiri dalam mentafsirkan ayat Al-Quran. Tidak merujuk kepada tafsir muktabar tetapi menggunakan pendekatan tafsir kesufian.
5 comments:
Jadi mcmna ust..bolehka zikir mcm tu??
ler...artikal tu tak dapat difahami ke?
Assalamualaikum Ustaz,
pemahaman saya same dengan ustaz,
Saya cube menegur seseorang yang menyokong amalan berzikir sambil melompat2 ni dengan memberi hujah apa tujuan kamu berzikir? samaada untuk mengingati Allah atau menjadi asyik dengan bacaan zikir? Beliau memberitahu berpengalaman belajar di pondok selama 5 tahun dan tujuan berbuat demikian adalah untuk memusnahkan syaitan yang terdapat didalam hati. Wallahhuaklam.
Saya masih ingat pesan Utz Ismail Kamus bahawa bila berzikir adabnya mestilah dengan rasa rendah diri, insaf dan mengharap keredaan Allah. Wallahuaklam.....
Kehidupan manusia ada 3 keadaan, samada berdiri, duduk atau berbaring. Seorang yang berjalan kaki perlu berada dalam keadaan tegak seperti berdiri untuk berjalan. apabila seseorang berhenti, itu mungkin dia perlu duduk. dan akhir sekali berbaring samada tidur, atau berehat2. Allah SWT telah hantar Nabi SAW sebagai petunjuk dan contoh . Maka cuba kita bagi keharusan untuk bertanya diri kita dalam sesuatu keadaan yang sedang kita alami, 'Apakah yang Nabi SAW akan buat ketika ini?' Disitulah namanya zikrullah. Buat apa Nabi buat. Tapi jangan persoalkan kemajuan gajet kita dengan zaman Nabi SAW. Apa yang penting ulama merumuskan ada 5 keperluan hidup - makan minum, pakaian, rumah kediaman, isteri dan kenderaan. Secara dasarnya tetap juga sama iaitu kalau kita belum jumpa perbuatan Nabi SAW dalam situasi seperti kita sekarang, maka bacala Bismillah di awal dan di akhir alhamdulillah.
Soal zikr menari atau melompat-lompat memang tidak ada dalam hadith. Itula sebabnya yang mengambil video itu seorang yang khianat. kerana dia menayangkannya kepada orang awam. Apatah lagi dia adalah ahli kepada toriqat suffiyah. Kerana MUNGKIN itu khusus untuk orang-orang seperti mereka sahaja. Bukan untuk semua orang. dan harus dibuat dalam keadaan tertutup. Apapun kita berkecualila daripada menghukumkan mereka itu sesat 100%.
Post a Comment