Aku tidak tahu tentang apa yang dikatakan pemuda Melayu bernama Mohd Faiz Syahmi, 23 tahun, isytihar murtad di laman twitter sehinggalah mendapat jemputan di surau taman yang aku tinggal ke rumahnya. Ada majlis doa selamat. Rupanya kedua orang tuanya berumah di kejiranan yang kuhuni ini sahaja. Kedua-kedua mereka adalah bekas guru. Sungguh trajis mendengar anak menjadi murtad sedangkan ibu bapa bukan kalangan yang longgar agama.
Mereka telah lakukan yang terbaik dalam pendidikan agama buat anak-anak. Dari Sekolah Rendah Lunas Jaya, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di SM Agama Baling dan seterusnya ke KLMU, apa yang dapat kukatakan, bekalan yang diberi sudah cukup untuk menenangkan perasaan ibu bapa tentang keselamatan akidah sang anak.
Tetapi, bayang-bayang hitam kekufuran itu menyelinap bagai sang pencuri di malam hari. Tidak ada rumah yang boleh merasa selamat sekalipun rumah ulama di balik pagar pasentren. Bahana apakah sampai iman generasi kita tidak lagi terjamin?
Aku berbual sendiri dengan ayahnya mengenai musibah yang menimpa anaknya. Menurutnya, lewat terakhir sebelum anaknya itu membuat kenyataan kontroversi itu di lama twitter, anaknya mendapat rawatan jiwa dari doktor dan diberi makan ubat. Maka, bagi para pembaca di luar sana, mengenai kedudukan Mohd Faiz Syahmi ini, masih belum ada kejelasan mengenai status kesedarannya. Jika berdasarkan pengakuan ayahnya yang menyatakan anaknya mungkin mengalami gangguan jiwa dan pernah mendapat rawatan paqkar, beliau tidka harus dicemuh atas kenyataan-kenyataan kufrawiyyahnya,
Semoga Allagh mengembalikannya kepada iman dan memulang permata hati ayah bondanya. Sementara kita semua yang menyaksikan, jangan rasa selamat. Anak, adik, abang dan kakak kita bukan insan-insan yang dijamin terpelihara. Berdoalah untuk kelangsungan iman, dan bermujahadahlah mempertahankannya.

Semoga Allah memberikan penawar buat keimanan Mohd Faiz Syahmi.
0 comments:
Post a Comment