Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

'Haul' dan Tradisi Tahlil

March 17, 2012

Apabila terjadi sesuatu kematian, maka keluarga si mati akan mengadakan majlis tahlil. Majlis tahlil sudah menajdi kebiasaan yang mengakar dan berselirat dalam masyarakat kita. Boleh dikatakan tidak sah kalau berlaku satu-satu kematian, tidak diadakan majlis tahlil. Biar semiskin mana keluarga si mati, sanggup berhutang demi melaksanakan majlis tahlil.

"Berapa malam kita nak buat tahlil?", soalan tersebut akan dilontarkan oleh pengendali acara tahlil seusai majlis tahlil pada malam pertama.

Kalau di kampungku, di negeri Kedah, jawapan yang selalu diberikan oleh wakil keluarga si mati adalah 7 hari. Ada yang letak 3 hari sahaja. Biasanya jika kalau keluarga yang kurang berkemampuan. Tiga hari atau tujuh hari, setiap lepas solat insya', berdatanganlah orang kampung untuk membacakan ayat-ayat tahlil yang telah disusun dan mengaminkan doa-doa yang telah dikaryakan oleh pendahulu. Selepas selesai berdoa, semua menikmati makanan.

Kemudian, dari semasa ke semasa akan menyusul tahlil. Di Sabah, aku menemui istilah majlis tahlil disebutkan sebagai "makan". Makan satu, makan tiga, makan tujuh, makan dua puluh, makan empat puluh dan makan seratus adalah istilah yang selalu berlegar sekitar majlis tahlil. Ada juga makan tahunan. Perletakan hari untuk tahlil itu diambil berat dan berhubungkait dengan kepercayaan tertentu. Setiap tahun, ada satu bulan yang disebut sebagai bulan arwah iaitu bulan Sya'ban. Keluarga si mati akan mengadakan majlis tahlil pada bulan sebagai tambahan kepada tahlil-tahlil yang telah disebutkan.

Baru-baru ini pula, di sebuah masjid di Sandakan, aku terbaca satu iklan mengenai majlis "haul". Ia adalah majlis memperingati kematian seseorang. Biasanya kematian seorang ulama habib. Teman jemaah di surau kejirananku mengajak untuk mengunjungi majlis "haul" tersebut yang khabarnya untuk  seorang habib terkemuka dari Indonesia. Aku tidak bercadang untuk ikut serta kerana ia bukan kebiasaanku. Di Kedah, tempat yang aku kira lebih kuat beragama berbanding Sandakan, tidak pernah pula ada majlis "haul" seperti ini. Demikian pula, negeri Kelantan yang khabarnya lebih semarak ilmu agama berbanding negeri-negeri lain, tidak pula dibiasakan dengan majlis "haul" tersebut. Maka, aku tidak dibiasakan dengan sambutan "haul". Sambutan "haul" bukan budaya keagamaan yang aku membesar bersamanya.

Hanya di Sandakan ini, aku temui perayaan "haul". Sudah banyak kali "haul" diadakan di sini dan semuanya berkaitan dengan tokoh-tokoh dari tanah semberang (Indonesia) yang bergelar habib. 

Kerana mahu tahu, aku menyusul juga ke masjid tersebut. Ketika itu majlis sedang berlangsung. Orang ramai memenuhi masjid. Kebanyakan berpakaian putih. Sebilangannya ada yang aku kenal. Bacaan maulid (Simtud Durar) sedang didendangkan. Ia mengandungi syair pujian dan keluhan ke atas ulama habib yang diraikan di selang seli dengan salawat ke atas nabi SAW. Aku duduk di belakang dan tidak lama. Menjelang waktu insya, aku pun pulang. Cukuplah untukku berada dalam majlis tersebut untuk lahzoh singkat.

Temanku berkata ia majlis zikir. Aku menjawab sebenarnya majlis syair. Yang tidak memahami bahasa arab, akan mendefisikan ungkapan Arab sebagai zikir. Orang Melayu zaman dulu kala sangat menyanjung bahasa Arab. Pak lebai zaman al-marhum bapaku sangat pantang dengar lagu-lagu nyanyian penyanyi Melayu. Haram, kata mereka. Tetapi, pak lebai yang sama juga sangat suka dengar lagu Arab. Lagu-lagu Omm Kalthum lagi. Sebab bunyi arab, dirasakan mendengarnya jadi ibadah dan berpahala. Ini masalah tanggapan yang keluar daripada kajahilan. 

Sambutan "haul" untuk seorang habib pada hakikatnya terbit daripada tradisi yang sama dengan penetapan majlis tahlil mengikut bilangan harinya. Ia adalah majlis tahlil ulangan untuk setahun buat sang habib. Hanya ia diistilahkan sebagai "haul". Kalau buat pakcik makcik yang dah meninggal di Sabah ini, ia disebut sebagai "makan tahun". Sudah tentu majlis tahlil tahunan buat pakcik makcik yang sudah meninggal itu tidaklah semeriah "haul" seorang habib. Siapalah arwah pakcik makcik kalau nak dibandingkan dengan habib?

Tetapi, siapalah pula para habaib itu kalau hendak dibandingkan dengan sahabat nabi Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Tolib? Para sahabat besar nabi itu, tidak pernah kita dengar disambut "haul" buat mereka. Tidak perlu bandingkan dengan sahabat besar nabi SAW. Bandingkan sahaja dengan Imam Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali. Mereka ulama besar dalam mazhab yang sangat berjasa buat Islam. Tidak pernah kita dengar ada 'haul' yang diadakan untuk mereka.

Setiap ulama punya kelebihan masing-masing. Sudah tentu kita tidak boleh sewenangnya menafikan kehebatan ulama habaib yang diraikan 'haul' mereka itu. Namun, tentulah kehebatan mereka tidak mengatasi kehebatan para sahabat nabi di mana peringkat pun. Kehebatan dan keutamaan mereka tidak melewati kehebatan dan keutamaan para ulama  'ikon' mazhab-mazhab yang menjadi panutan ummat.  Jika untuk para sahabat nabi SAW dan ulama-ulama besar mazhab tidak diadakan 'haul', apakah layak untuk habaib yang datang di belakang hari diadakan 'haul' besar-besaran?

Mengapa pula hanya golongan ulama habaib? Dengan kata lain, kenapa hanya mereka yang ada kaitan dengan ahli bait Rasulullah SAW yang disambut 'haul' mereka? Apakah makna di sebalik semua ini?

Kita mungkin boleh nampak dengan terang dan cerah daripada mana datangnya 'haul' kalau kita lihat bagaimana golongan syiah meratapi kematian Saidina Hussin bin Ali di medan Karbala. Saban tahun, pada tanggal 10 Muharam, mereka meraikan 'haul' buat Saidina Hussain bin Ali. Mereka akan menyiksa diri dan menyanyikan ratha' buat Hussain yang kononnya menjadi kecintaan mereka.  Padahal, Syiah adalah golongan Rawafidhoh yang merosakkan Islam. 

Al-Hafizh Ibnu Rojab rahimahullah menyebutkan dalam Lathoiful Ma'arif (hal. 113) “Adapun menjadikan hari Asyuro sebagai hari kesedihan (ratapan) sebagaimana dilakukan oleh kaum Rofidhoh karena terbunuhnya Hussain bin Ali, maka hal itu termasuk perbuatan orang yang tersesat usahanya dalam kehidupan dunia sedangkan dia mengira berbuat baik. Alloh dan rosul-Nya saja tidak pernah memerintahkan agar hari musibah dan kematian para nabi dijadikan ratapan, lantas bagaimana dengan orang yang selain mereka?”

Meraikan 'haul' untuk para habaib ada pengaruh golongan syiah. Ia tidak layak diserapkan ke dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jam'ah. Sekalipun para habaib tersebut tidak pernah ditampilkan sebagai tokoh syiah, malah dikenali sebagai ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah, dengan mengadakan 'haul' untuk mereka, ia mengikuti jejak langkah Syiah.

Kita memang disuruh mencintai ahli bait nabi. Aku mahu katakan bahawa cintaku sangat buat mereka. Tetapi, pertama dalam cinta selepas Rasulullah adalah ke atas Abu Bakar dan kemudian Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Tolib. Seterusnya sahabat lain yang berhijrah dan terlibat dalam Badr Al-Kubro. Kemudian mereka yang berjanji setia dalam Bai'tur Ridhwan! Tidak sayugia menampakkan cinta berlebihan kepada ahli bait sehingga timbul tandatanya mengenai kecintaan kita kepada sahabat akrab nabi itu. Berlebihan dalam mengulang kesedihan kematian ulama habaib dan tidak atas kematian ulama bukan habaib adalah sangat menimbulkan persoalan.

Kepada sahabat-sahabat yang ghairah dalam jemaah 'haul', saya hanya mengajak untuk berfikir.  Sewaktu kita di tengah masyarakat yang bergelumang dengan adat istiadat tahlil yang pelik, banyak yang kita sisihkan. Adat makan mengikut bilangan hari, berasap kemiyan, jumlah hidangan berdasarkan jumlah orang yang ditahlilkan dan berbagai-bagai lagi. Apa yang mereka lakukan adalah kerana mereka jahil tentang ilmu Islam. Islam yang diamalkan adalah hanya warisan nenek moyang terdahulu. 

Lantas, bagaimana dengan orang yang berpengetahuan agama? Buatlah pilihan antara keaslian dan kelencongan.

Allahummahdina...


2 comments:

Aisyah M.Yusuf said...

Allah Swt berfirman : ” Dan apabila dikatakan kepada mereka ;” ikutilah apa yang telah diturunkan Allah.” mereka menjawab : ( tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami . ( apakah mereka akan mengikuti juga ) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apapun dan tidak mendapat petunjuk ? ”(Q.S 2 : 170 ).

Anonymous said...

Semoaga Allah memberkati tuan kyai aminn...ar@assegaf Sandakan

Post a Comment