"Orang Cina itu jahat, kejam dan tidak boleh dipercayai...", ulas seorang lelaki Melayu ketika kami berbual sambil minum kopi di sebuah warung.
Dia membawakan kepadaku contoh-contoh kejahatan bangsa Cina. Menurutnya, orang Cina, apabila dia menubuhkan sebuah syarikat dia akan menaikkan bangsa Cina dan menidakkan hak bangsa lain untuk menapak naik dalam syarikat, khasnya orang Melayu. Bersumberkan pengalamannya yang pernah bekerja dalam sebuah syarikat milik orang Cina, dia disuruh melatih seorang pekerja baru Cina dan kemudian pekerja baru itu mendapat kedudukan yang lebih baik daripadanya dalam syarikat dan memperolehi gaji yang lebih tinggi.
Di negeri Sabah, banyak konsesi balak dimiliki oleh orang Cina. Malah, tanah-tanah di banyak tempat dalam kawasan Sandakan dimiliki oleh orang Cina. Dengan menyebutkan kawasan batu 10 sebagai contoh, katanya hampir 90 peratus adalah milik orang Cina.
Sebuah bandar baru yang hampir siap dibina di Sandakan, dinamakan Bandar Letat. Ditulis Letat, tetapi sebenarnya Lee Tat, nama seorang Cina. Bandar tersebut muncul dengan prasarana pasar yang mengiklankan secara melampau arak "calrsberg". Aku pernah meninjau sepintas lalu kedai-kedai makan di atas pasar bandar tersebut, hampir keseluruhan signboard nama-nama kedai di situ diletakkan bersama logo "calrsberg".
Ini kerana orang Cina memang jahat. Lelaki Melayu yang berbual dengan itu menyimpulkan. Mereka nak tunjuk "power" sehingga menghina orang Melayu Islam. Presiden MPS pun seorang Cina dan dia tentu melebihkan kaum Cina dalam membangunkan Sandakan. Orang Melayu di Sandakan, penempatan mereka adalah di persisir pantai, kawasan kampung air yang miskin. Sedangkan kawasan perumahan mewah dengan rumah agam dan halaman yang selesa seperti di Grand View dan beberapa taman awal yang lain, dimiliki oleh kaum Cina. Cuma perumahan baru yang sedang dibina, oleh kerana terikat dengan koata bumiputera, pegangan kaum Cina sudah berkurang.
"Itu pun mereka cuba membantah...tidak puas hati...", lelaki Melayu itu berang.
"Kalaulah negeri Sabah ada Sultan...orang Cina taklah sewenang-wenangnya seperti sekarang!", Dia mengeluh mengimbau kehilangan institusi Sultan di Sabah, tidak sebagaimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung.
" Yang jahat itu bukan bangsa Cina...bangsa melayu pun jahat", balasku.
Kalau orang Cina jadi pengarah syarikat besar, mengutamakan bangsanya, itu tidak lebih jahat daripada bangsa Melayu yang diberi jawatan mengepalai sesebuah syarikat besar milik negara tetapi mengutamakan hanya adik beradiknya. Mereka, malah tega merampas tanah orang miskin dengan alasan projek pembangunan. Soal mengumpulkan kekayaan dengan jalan haram, rasuah, pecah amanah dan sebagainya telah menjadi kebiasaan pula bagi konglomerat Melayu. Kehidupan di belakang tabir pula dihiasi dengan party air setan dan wanita-wanita simpanan. Sebagaimana watak peniaga-peniaga besar bangsa Cina, demikian pula watak kapitalis Melayu ini.
Ketika mereka diberi undi untuk menjadi YB dan terpilih untuk menjadi pemimpin di peringkat tertentu, mereka jadikan jawatannya sebagai jalan merebut peluang kekayaan. Kalau ada yang lebih baik sedikit, asyik melaungkan selogan perjuangan bangsa secara membuta tuli. Bukan juga bangsanya yang diperjuangkan, melainkan hanya kelompoknya sahaja yang rata-rata berbangsa Melayu. Melayu teramai tidak juga terbela.
Justeru, bukan persoalan bangsa yang menentukan jahat baiknya. Nasionalis dan kapitalis seseorang itulah yang membuatkannya jadi jahat. Bani Israil itu bukan jahat, tetapi nasinalis dan kapitalis merekalah yang jahat. Huru hara di Palestin itu lantaran api nasionalisme Yahudi yang dimarakkan. Kegawatan ekonomi dunia dan ketidakseimbangan pembahagian kekayaan dunia antara negera-negara adalah gara-gara kapitalis Yahudi yang menguasai ekononomi dunia.
"Yang Jahat itu nasionalis dan kapitalis, tak kira bangsa apa pun dia, baik Cina maupun Melayu...", aku menegaskan hal itu buat lelaki Melayu itu.
0 comments:
Post a Comment