Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Rabu terakhir bulan Safar

February 2, 2011

Sabda nabi SAW:

" Tiada jangkitan pada penyakit, tiada sial mial, tiada petanda buruk pada bunyi burung hantu dan tiada sial pada bulan Safar. Larilah daripada penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa".
(HR Bukhari)


Rupanya, hari ini Rabu terakhir bulan Safar. Rabu terakhir bulan safar punya keistimewaan khusus bagi para penganut khurafat bulan Safar. Bagi mereka, bulan Safar adalah bulan bala bencana dan amalan-amalan tertentu hendaklah dilakukan bagi menolak bencana tersebut. Bencana itu paling banyak sekali pada Rabu terakhir bulan Safar.


Kebetulan pula hatiku  tergerak untuk mengambil jalan menyusur pantai Pasir Putih, Sandakan ketika pulang dari bandar selepas membeli keperluan dapur di pasar besar Sandakan pagi tadi. Tertanya-tanya kenapa ramai orang sedang bermandi manda di pantai, aku singgah menyaksikan. Sambil berfikir, kenapa hari ini, bukan juga hujung minggu, orang ramai berhimpun di pantai Pasir Putih. Sejenak, baru aku sedar bahawa hari ini hari rabu dan minggu terakhir di bulan Safar.


Semasa aku bertugas di pulau dulu, setiap tiba bulan Safar, aku akan mengingatkan murid-muridku tentang kebatilan kepercayaan berhubung bulan Safar. Aku mencela amalan mandi bulan Safar yang sebenarnya diterajui oleh tokoh-tokoh agama setempat. Peringkat awal aku mula menjalankan tugas, aku mendapati saban hari Rabu bulan Safar, lebih-lebih lagi Rabu terakhir bulan Safar, kuantiti murid yang hadir ke sekolah merosot teruk.  Murid-murid pula dengan bangga menceritakan bahawa mereka mengikut imam dan orang kampung pergi mandi tolak bala di pantai Pulau Berhala. 

Tahun-tahun berikut, sebelum menjelang bulan Safar, aku telah memberi peringatan bahawa acara mandi tolak bala adalah sesat, khurafat dan berdosa.  Bila ditanya siapa mandi tolak bala, ramai yang menafikan. Keberhasilan mereka untuk tidak ikut serta dalam acara tersebut diceritakan pula dengan bangga. Yang terpaksa ikut, dengan malu-malu mengakui keikutsertaan mereka dalam acara tersebut. 

Terakhir, sebelum aku dipindahkan ke bandar, aku menulis artikal mengkritik kealpaan pemuka agama setempat yang berlebihan menyuburkan pula amalan yang telah difatwakan haram dan khurafat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Ia merosakkan dan sesat serta menyesatkan pula generasi baru.


Hari ini Rabu terakhir. Hari ini mereka berhabisan mandi tolak bala. Amalan mandi tolak bala bulan Safar itu tidak mudah dicantas mati hingga ke akar umbi. Tentu memerlukan silih ganti beberapa generasi untuk dilupuskan sepenuhnya. Amalan tersebut masih berlangsung di Pantai Pasir Putih, Sandakan. Generasi tua duduk di tepian pantai lagak pendeta. Merekalah memimpin acara dan membaca doa. Generasi muda tentunya lebih suka bermandi manda sebelum dipanggil oleh waris dan ibu bapa untuk memulakan acara. Ramai yang berdatangan ke pantai untuk memakmurkan acara tersebut adalah warga kampung persisir pantai yang berasal dari negara tetangga. Sebahagian besarnya adalah kaum pendatang yang membawa adat songsang tersebut dari negara asal mereka. Aku melihat ramai menunggu bas dengan beg plastik berisi pakaian. Aku menduga destinasi mereka tentu pantai Pasir Putih. 

Orang Melayu zaman dahulu adalah jahillliyah. Sebagaimana orang Arab zaman sebelum Islam adalah Jahiliyyah. Adat-adat jahiliyyah diwarisi oleh masyarakat Arab dan terus diwarisi sebahagiannya oleh sebahagian orang yang tidak cukup memahami ajaran Islam. Keadaan itu berlansung sehinggalah Rasulullah wafat dan negara Islam diperintah oleh para khalifah yang bijaksana. Jika demikian halnya dengan masyarakat Arab, kaum lokal yang menerima dakwah langsung dari nabi Muhammad SAW, bagaimanalah pula halnya dengan orang Melayu. Tentunya banyak warisan jahilliyah alam Melayu yang terus diwarisi sekalipun Melayu telah menganut Islam. Nampak luarnya Islam, tetapi dalamnya berkecamuk dengan pelbagai karut marut bukan Islam.

Amalan mandi tolak bala adalah warisan jahilliyah Melayu. Ia juga ada dalam jahilliyah Arab, malah ada dalam jahilliah India dan lain-lain bangsa. Untuk kembali kepada ketulinan Islam kita perlu membebaskan diri daripada warisan nenek moyang yang telah dimansukhkan oleh Islam.


Pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan membanteras amalan khurafat ini dengan mewujudkan unit-unit pencegahaan di pantai pada hari-hari yang disambut penganut khurafat bulan Safar. Mencegah maksiat bukan dengan mengintip pasangan-pasangan yang mencurigakan dalam bilik rumah tumpangan atau hotel. Malah itu adalah maksiat yang tdiak lebih besar daripada maksiat akidah seperti amalan khurafat. Jika ada pasukan pencegahan maksiat untuk maksiat-maksiat seumpama itu. selayaknya lebih diperlukan pasukan pencegah maksiat besar seperti maksiat khurafat.

Allahumma ameen...berikan kami kekuatan membela agamamu.

2 comments:

Di Mana said...
This comment has been removed by the author.
Di Mana said...

Itu adalah fitnah semata2 semenjak org2 Melayu mendapat kemampuan belajar agama Islam di luar negara, tetapi belajar budaya Arab dari org keturunan Arab yg nomadic (Suku2 Asal Arab padang pasir) Bukan belajar dari Suku Qurashi.

Lepas tu balik ke Malaysia dgn membawa pengetahuan pincang tentang Bala bulan Safar. Diikuti dgn kajian sendiri2 dgn Tak ambil tahu dulu apa2 yg hendak diHukum, maka memilih mengHukum Haram.

Lepas tu memperturunkan kpd generasi berikutnya Fitnah terhadap arwah nenek moyang iaitu menuduh nenek moyang mengamalkan khurafat & sebagainya..

Kami berlindung dgn Allah dari Bala akibat dari Fitnah ini.

Hanya Allah yg mengetahui yg terperinci.

Ya Allah tetapkan kami dlm hidayah Mu.

Aameen

Post a Comment