Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Orang dulu tak tahu tarikh lahirnya

February 15, 2011

Dalam kampungku ada seorang tua. Dianggarkan umurnya telah melebihi 90 tahun. Namanya Tok Wi. Sampai sekarang dia masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Namun, dia sudah uzur benar dalam dua tahun terakhir ini. Dalam kampungku, orang-orang setuanya sudah pupus. Ada beberapa orang tua yang mungkin sebaya atau lebih tua daripadanya, tetapi perempuan. Seingatku, orang tua lelaki, dia seorang sahajalah. Apabila Tok Wan Ali meninggal pada hujung tahun lepas, tinggallah Tok Wi sebagai  lelaki paling tua dalam kampungku. Masa Tok Wan Ali meninggal, umurnya dikatakan 93 tahun. Namun, ada yang kata 98 tahun. Masalah menentukan umur sebenar berlaku kerana pada masa lahirnya, tidak ada catatan surat beranak sepertimana sekarang.

Umur Tok Wi aku tak tahu. Beberapa tahun yang lalu, masa dia masih sihat dan mampu berjalan ke masjid untuk solat Jumuat, dia kerap singgah di rumahku dalam perjalanan pulang daripada masjid.  Ketika berbual, aku pernah tanyakan tentang umurnya. Dia pun tak dapat menyebutkan nerapa umurnya secara tepat. Cuma dia memberi bayangan kepadaku bahawa ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, dia adalah seorang pemuda belasan tahun. Berapa belas, dia pun tak ingat dan tak tahu. Mungkin menghitung umur bukan hal penting bagi pemuda sezamannya. Al-maklumlah, mereka belum mengerti menyambut hari lahir.

Pengiraan umur bagi generasi tua dulu adalah dengan mengaitkan kepada benda dan kejadian sekeliling. Ada yang kaitkan dengan sepohon beringin tua. Ada kaitkan dengan kejadian gerhana matahari bersejarah di Tanah Melayu untuk bayangkan umurnya waktu itu. Peristiwa-peristiwa penting bersifat nasional juga tidak kurang menjadi penanda umur mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada ketidaktahuan warga tua itu mengenai umur mereka ialah bahawa mereka tidak mempedulikan hari lahir mereka. Memang begitu orang dahulu, mereka tidak punya kecenderungan menitiberatkan hari lahir mereka sebagaimana orang sekarang yang menaruh minat penuh mengenainya. Sebab itu, orang dahulu tidak tahu tarikh lahir mereka secara tepat.

Tarikh lahir nabi Muhammad SAW juga tidak diketahui secara tepat. Rasulullah SAW hanya menyatakan  dia lahir pada tahun raja Abrahah menyerang Makkah. Bila harinya tidak dinyatakan. Para sahabat baginda pun tidak menaruh perhatian tentang tarikh tepat hari lahir Rasulullah SAW. Sebab itu,ahli sirah kemudiannya memberikan pandangan yang pelbagai dalam menetapkan hari lahir baginda. Ada yang kata 12 Rabi'ul Awal. Ada yang kata 10 Rabi'ul Awal dan kata 8 Rabi'ul Awal. Khilaf pandangan ini menunjukkan bahawa penetapan tarikh lahir nabi tidak diberatkan oleh golongan sahabat dan Salafus Soleh.

Bukan tradisi Islam mengingati hari lahir. Dakwaan bahawa mengenang hari lahir nabi boleh mengembalikan cinta kasih kepada nabi SAW adalah tidak dapat dibuktikan. Lagi pun, cinta nabi  bukan dengan menyambut hari lahirnya tetapi adalah dengan menegakkan sunnahnya. Sekarang ini, banyak sunnah nabi diabaikan miski Maulid nabi disambut meriah saban tahun.

Pemerintahan tidak ditegakkan mengikut pemerintahan nabi. Kenyataan ini cukup menjadi dalil sinis mengapa dikatakan sambutan Maulid nabi tidak menambahkan cinta kepada nabi. Ia, malah hanya menimbulkan riak pihak tertentu bahawa merekalah pencinta nabi. Menumpang reputasi nabi untuk meningkatkan reputasi diri.

0 comments:

Post a Comment