Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Sumpah Laknat balas adalah bid'ah!

May 2, 2011


Gesaan Dr. Juanda Jaya agar DS Anwar Ibrahim melakukan sumpah balas ke atas sumpah laknat Datuk Eskay baru-baru ini adalah berlawanan  dengan prinsip sunnah yang diperjuangkan selama ini. Demikian, alasan Dr. Asri Zainal Abidin yang mewajarkan DS Anwar Ibrahim melakukan sumpah balas iaitu menghilangkan buruk sangka adalah rekayasa khayalan sendiri dan bukan terbit daripada panduan syariat. Mengapa tidak istiqamah dalam memperjuangkan sunnah? Di saat letih menanggapi peristiwa "ifki' berselirat dalam negara ini, lantaran mahu cepat diselesaikan, disarankan sumpah balas yang tidak pernah pun ditunjuki sunnah? Apakah pula boleh dipastikan bahawa sumpah balas boleh menyelesaikan persoalan atau hanya menambahkan persoalan? Bak kata pepatah Melayu, lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

Sudah terdapat pandangan yang jelas dari ramai tokoh agama termasuk dua tokoh tersebut, menegaskan bahawa sumpah laknat bukan mekanisma syarak dalam mentsabitkan kesalahan dalam jenayah hudud. Maka jika dibuat juga, ia tidak ada kaitan dengan Islam. Sumpah laknat memang ada akar asal muasalnya dalam Islam iaitu dalam kes li'an. Namun, kerana dibuat dalam kes yang salah, jadailah ia bid'ah. Sebagaimana seseorang yang mengubah sedikit cara beribadat padahal cara beribadat asal telah ditunjukkan dalam nas syarak.

Apabila kita menyifatkan sumpah laknat Datuk Eskay sebagai bid'ah, maka tentunya lebih bid'ah lagi kalau kita membuat sumpah balas ke atas sumpah laknat itu. Membuat sumpah balas atas sumpah laknat yang bid'ah hanya akan mencipta satu sunnah yang buruk. 

Dipetik daripada sebahagian hadis nabi SAW, baginda bersabda:


وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا ، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
  " ...dan siapa yang mencipta satu sunnah dalam Islam sebagai sunnah yang buruk lalu diamalkan sunnah itu oleh orang lain sesudahnya, maka dituliskan ke atasnya (perekanya) dosa orang yang mengamalkannya, tidak kurang dosanya daripada dosa pengamalnya sedikit pun".
(Hadis Riwayat Muslim)


Malang sekali jika DS Anwar Ibrahim mengikut rentak mereka dan membuat sumpah balas. Itu adalah mencipta satu precedent yang kelak akan dicontohi oleh orang terkemudian. Di belakang hari, bila berlaku kes yang sama, seorang menuduh orang lain berzina lalu tidak ada bukti, dia pun bersumpah laknat. Orang yang dituduh pun  membuat sumpah laknat pula. Kalau itu berlaku, apalah gunanya serangkai hukum dalam Islam yang melibatkan shahadah, bayyinah dan juga qazaf?  Buang sahaja ke dalam bakul sampah dan ambillah hukum sendiri yang saling bersumpah laknat!


Niat baik untuk melihat DS Anwar Ibrahim dibersihkan namanya dan hilang buruk sangka tidak menghalalkan kita mencipta satu benda baru dalam agama. Kalau pun mungkin kita dapat membersihkan nama baik DS Anwar Ibrahim, kita mencalitkan pula nista ke wajah indah Islam. Hal inilah yang kelihatannya ditanggapi secara gopoh oleh dua tokoh yang tersebut.

Sememangnya kerenah politik menyebabkan kita hilang pertimbangan dalam merumuskan penyelesaian. Sehingga kekadang tanpa sedar, menyongsang prinsip yang selama ini menjadi pegangan. Kita sering menyaksikan seorang yang sabar dan waqar kekadang melatah apabila menghadapi provokasi maksima. Seorang tokoh agama berprinsip juga kekadang menjadi gopoh dalam berfatwa lantaran diprovokasi oleh kes-kes politik yang bergaul dengan isu-isu agama.

Justeru, kalau aku, gesaan sumpah balas adalah pandangan goyah. Ia pandangan mengharap bebas dari satu masalah tetapi akan terjerumus ke dalam masalah yang lebih besar. Rentak tari orang jahil tidak harus diiramakan oleh orang-orang yang berpengetahuan. Biarkan sahaja si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Akhir kata , aku  menghormati keilmuan dua tokoh sunnah itu tetapi pandangan mereka dalam soal ini , aku berkhilaf dengan mereka. Maafkan aku.


0 comments:

Post a Comment