Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Gelisah agenda musuh...mana agenda sendiri?

November 21, 2011

Di negeri Sabah ini, gereja lebih banyak daripada masjid. Sepanjang jalan tumbuh gereja. Signboard menyatakan ada gereja juga jelas dan besar terbentang di tepi jalan. Hal ini dapat dilihat oleh sesiapa yang melakukan perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Malah, rata-rata perjalanan antara daerah di negeri bawah bayu ini menampakkan kepada kita gereja yang berceretek sepanjang jalan. Itu belum lagi dikira gereja yang ada diceruk rantau kampung.


Malangnya pula, jumlah masjidnya terbatas. Sudahlah terbatas, sesebuah masjid sukar pula dibina. Jika rumah ibadat umat Islam telah berjaya dibina, terutamnya di taman perumahan dan kampung-kampung, mengambil masa yang lama untuk diiktiraf dan dinaiktaraf sebagai masjid. Ini berkaitan dengan kuasa Jabatan Agama yang dikatakan bertujuan mengawal kesatuan umat Islam di Sabah. Yang bersatu bukan umat Islam tetapi ummat Kristian!

Kata orang agenda kristianisasi subur dan marak di negeri di bawah bayu. Itu memang ada benarnya. tetapi bukan sebab mereka kuat. Ia adalah disebabkan kita lemah. Ummat kita dipenuhi oleh golongan agamawan defensif  dan umara yang opurtunis.



Di negeri Selangor timbul pula isu gerakan kristianisasi menggunakan alat "solar powered talking bible". Ia adalah satu lagi kebimbangan yang diluahkan dan diumumkan  menerusi kenyataan Exco Agama Negeri Selangor, YB Dato' Hasan Ali. Sebelum ini, dalam pelbagai kenyataan dan komentar, kebimbangan terhadap agenda kristianisasi acap diperkatakan. Kenyataan bahawa ada ratusan ribu orang Islam yang murtad, isu gereja Methodist di Damansara Utama, penggunaan kalimah Allah dan bible berbahasa Melayu adalah sebahagian daripada kerisauan mengenai agenda kristianisasi.


Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa kita berada dalam sebuah negeri besar bernama dunia. Dalam dunia, pencipta dunia iaitu Allah Yang Maha Agung telah merentangkan dua jalan untuk dipilih. Pilihan sama ada untuk diikuti atau diperjuangkan. Itulah jalan syukur dan jalan kufur. Adalah tidak realistik jika kita mengharapkan dunia ini menjadi syurga. Apa yang ada hanya insan-insan beriman mengikut jalan syukur sahaja, sedangkan manusia kafir dan derhaka yang merintis jalan kufur dibasmi dan sirna langsung.

Bercakap mengenai agenda kristian, kita perlu sedar bahawa sejak zaman berzaman gerakan kristian telah merencanakan agendanya serta melaksanakannya. Agenda kristian ini telah wujud di atas muka dunia sebelum Islam dihidupkan dan disempurnakan menerusi dakwah baginda Rasulullah SAW. Apabila Islam menguasai sebahagian besar bumi, agenda kristian menjadi lemah. Sebahagian besar belahan bumi yang pernah dikuasai teologi kristian tunduk kepada akidah Islam. Namun, kemudiannya pula, dunia Islam ditewaskan oleh penjajahan negara Barat. Bersama penjajahan Barat, agama kristian  mengembangkan sayapnya. Kini, setelah merdeka dari jajahan dan naungan Barat, Islam kembali cuba diangkat di bumi yang dulunya Islam berkuasa.

Kristian tidak musnah. Ia masih menjadi agama terbesar penduduk dunia. Perangkaan hari ini menyebutkan bahawa Islam adalah agama kedua terbesar dianuti oleh warga dunia. Namun, perkembangan Islam marak dan pesat, terutamanya di bumi tradisi Kristian, iaitu negera-negara Barat. Banyak pihak menjangkakan bahawa dalam sedikit masa lagi Islam akan menjadi agama anutan teramai manusia di dunia.

Ironinya, di negara Malaysia, sebahagian umat Islam dihantui perasan takut mengenai masa depan Islam. Maka, timbullah tuduhan mencari pihak yang bertanggungjawab atas kebejatan akidah yang terjadi. Cara mudah dan simplistik adalah dengan meletakkan kesalahan kepada dakyah kristian, agenda kristian antarabangsa dan sebagainya.

Saya secara peribadi,  sudah bosan mendengar luahan dan keluhan ini. Lebih-lebih lagi dari mereka yang telah dikurniakan Allah kuasa untuk menancapkan Islam dan akidahnya di muka bumi.  Seharusnya, sekecil mana kuasa yang didapati, ia harus digunakan untuk melebarkan dakwah Islam. Seharusnnya pihak berkuasa agama di negeri tidak menjadi penghalang dakwah dengan bid'ah tauliah yang menggencatkan perkembangan Islam.

Allah berfirman:

الَّذِينَ إن مَكَّنَّاهُمْ فِي الأرْضِ أَقَامُوا الصَّلاَةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ


(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.
(Surah Al-Hajj: Ayat 41)


Sering mengatakan "ini agenda kristian", adalah alasan-alasan orang yang tidak berjuang untuk Islam. Kristian bukan agama  kecil. Masakan ia tidak ada agenda. Sedangkan ajaran sesat di sebuah kampung di Ulu Selangor pun ada agenda, inikan pula agama Kristian. Bercakap mengenai agenda Kristian adalah buang masa. Sepatutnya kita membahaskan apakah agenda kita.

Saya amat bersetuju dengan bidasan Dr. Asri Zainal Abidin terhadap mereka yang menyifatkan bahawa alat "solar powered talking bible" menjadi sebab kepada sebahagian kemurtadan.  Ia adalah kenyataan escapisme, iaitu ingin melepaskan diri daripada kelemahan agenda dakwah Islam. Negeri Selangor memang banyak mencalar perkembangan Islam dengan sekatan-sekatan melampau berbau politik. Sepatutnya, beban kesalahan itu bukan kepada gerakan Kristian, tetapi kepada penguasa agama Islam itu sendiri. Cukuplah masalah tauliah sebagai contoh di mana ia menjadikan dakwah Islam "dormant" sedangkan gerakan kristianisasi bertambah aktif.

Sikap menggelisahi gerakan dan agenda kristianisasi hendaklah dihentikan. Pedulikan dengan agenda kristian. Fikirkan apakah agenda diri sendiri. Kitab bible itu tidak dapat menandingi Al-Quran. Ia bukan mukjizat. Kalau ramai orang baca kita bible, lagi bagus. Ia membuka ruang kepada pihak para da'i kita untuk menerangkan penyimpangan bible dan menegaskan kebenaran Al-Quran kepada orang ramai.

Mereka yang takut bible dibaca orang ramai, sudahkah membaca bible?

0 comments:

Post a Comment