Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penajaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.
“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.
Sumber: themalaysianinsider 
Dr. Asri telah mengulas mengenai  bantuan kepada warga emas dan fakir miskin yang dikatakan hasil dari  judi. Katanya, wang hasil jadi yang diterima oleh penerima itu tidak  haram kerana transaksi yang berlaku antara pemberi dan penerima adalah  bantuan dan bukan perjudian. Kesalahan adalah ditanggung oleh kerajaan  atau syarikat perjudian tersebut. Penerima tidak berdosa. Dengan kata lain  wang itu halal kerana penerima bukan berjudi tetapi penerima melakukan  aktiviti mencari razeki yang halal.
Kalau sumber  haram mahu diambil kira, gaji yang diterima oleh kakitangan kerajaan itu, termasuk di  dalam sumber-sumber haram seperti judi, arak, kelab malam, pusat  penternakan babi dan sebagainya. Tetapi, kakitangan awam menerima gaji  itu adalah halal kerana gaji tersebut diterima atas pekerjaan mereka.  Samalah juga dengan warga emas yang menerima wang yang didakwa sebagai  hasil judi itu. Ia diterima atas nama bantuan dan bantuan adalah  transaksi yang tidak bertentangan dengan syarak!
Inilah jawapan yang cukup faqih  sejak beberapa hari ini aku dengar. Dalam kebisuan para mufti dan  kebingungan ramai orang untuk mengulas isu ini dari segi hukum,  kenyataan Dr. Asri itu menjadi tamparan kepada pemuda UMNO yang hebat  mewar-warkan isu itu.
Maka  kesalahan adalah ke atas kerajaan dan syarikat perjudian yang terlibat  dengan transaksi judi. Dosa syarikat perjudian adalah kerana mencari  razeki dengan cara haram iaitu berjudi.  Manakala dosa kerajaan adalah  menerima sumbangan dari sebuah syarikat perjudian. Kalau kerajaan itu terlibat sekali dalam perniagaan judi seperti meluluskan lesennya, maka bertambahlah dosanya.
Dalam konteks kerajaan Pulau  Pinang yang diketuai oleh Lim Guang Eng yang kita maklum bahawa dia  bukanlah seorang muslim, masakan kita mahu katakan dia telah berdosa.  Orang bukan Islam mana boleh dituduh berdosa? Hanya orang Islam sahaja  yang terikat dengan hukum dosa dan pahala! Yang berdosa adalah perdana  menteri Malaysia dan menteri berkenaan, yang beragama Islam  tetapi meluluskan  lesen syarikat perjudian dan dengan itu negara menerima cukai-cukai perjudian. Demikian  mereka yang meluluskan kilang-kilang arak dan mendapatkan cukai untuk  negara dari kilang-kilang arak tersebut. Yang menjalankan perniagaan  berasaskan judi dan arak berdosa. Yang menerima bayaran atau sumbangan  dari syarikat perjudian dan arak juga haram. Setelah wang itu menjadi  hak milik kerajaan dengan tanggungan dosanya, penerima ketiga tidak  menanggung dosanya jika transaksi yang berlaku adalah halal. Umpamanya  transaksi melalui bayaran gaji, hadiah, sumbangan, bantuan dan  sebagainya.
Kalau kita seorang petani yang menjual sayur, lalu datang kepada kita seorang taukeh judi mahu beli sayur, apakah kita haram menjual sayur kepadanya sekalipun sayur untuk makanannya sekeluraga? Kita sedia maklum bahawa bayaran harga sayur itu tentunya daripada pendapatanya dalam perniagaan judi. Dalam kes ini, bayaran yang kita terima tidak ada sangkut paut dengan judi. Transaksi kita adalah jual beli. Kalau kita pergi ke pasaraya membeli sesuatu barang dan kemudian beratur untuk membayar harga barang yang kita mahu beli. Tiba-tiba di depan kita ada seorang cina dengan troli yang penuh dengan arak. Dia pun nak bayar harga arak yang dibelinya. Kita nampak dia bayar dengan wang pelbagai not. Kemudian kita pula membayar harga barangan yang kita mahu beli. Juru jual di kaunter menerima wang kita dan mengembalikan wang baki yang di antara kita pasti diambil daripada wang yang dibayar oleh cina pembeli arak tadi. Apakah kita akan menolak duit tersebut dan minat duit lain  kerana duit itu haram?
Kita tak berdosa kerana terima duit itu. Yang berdosa adalah 10 golongan yang terlibat dengan perniagaan arak yang nabi sebut dalam hadis termasuk juru jual di kaunter tersebut. Kalaupun kita berdosa, bukan kerana terima wang baki dari transaksi arak yang kita tidak terlibat di dalamnya. Kita berdosa kerana melihat kemungkaran tetapi tidak mencegahnya, sekalipun dengan benci dalam hati!
Dalam dompet anda ada duit. Dalam bank juga ada duit. Apakah anda berani mengatakan duit dalam dompet dan bank anda tidak pernah melintasi satu proses transaksi haram seperti perjudian, jual beli arak, jual beli babi dan sebagainya?
Buat Pemuda UMNO, tak perlulah  pukul gendang halal haram kalau diri sendiri bergelumang dengan  perjuangan yang menghalalkan perniagaan judi dan arak di peringkat  Persekutuan. Ibarat ayam jantan, berkokok berderai-derai tetapi ekor  berlumuran najis.
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )

 


























































0 comments:
Post a Comment