Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Sebat 6 kali bukan syarie: Semoga putik menuju masak

February 19, 2010

Tiga pesalah wanita dihukum 6 kali sebatan dan penjara 30 hari  atas beberapa kesalahan, antaranya kesalahan zina. Berita TV3 pagi ini memulakan dengan kata-kata "hukuman di dunia tak seberapa berbanding hukuman di akhirat" merujuk kepada keinginan murni 3 pesalah wanita tersebut mensucikan diri mereka daripada dosa di dunia.Mereka telah datang kepada pihak berkuasa agama untuk merelakan diri mereka di sebat dan dihukum dengan hukuman syarak. 



Jika mereka benar-benar bertaubat dan ingin mensucikan diri dengan hukuman itu, Allah tidak akan mensia-siakan taubat mereka, biarpun hukuman sebat yang dikenakan tidak menapati kehendak syarak. Taubat dan keampunan adalah hak milik Allah. Dialah At-Tawwab. Dialah Al-Ghaffar.

Firman Allah SWT:


نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa Sesungguhnya Aku-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hijr: Ayat 49)

Mereka telah berusaha untuk mendapatkan tazkiah diri, tetapi apakan daya, hukuman yang diperuntukkan hanya setakat itu. Hukuman hudud bukan boleh dibuat sendiri. Bukan juga boleh suruh keluarga atau kawan-kawan laksanakan. Ia adalah tanggungjawab pemerintah. Jika mereka tidak dapat menegakkan hukuman tersebut ke atas diri mereka padahal mereka ingin sangat ia dilaksanakan atas diri mereka, yang menanggung dosa adalah pemerintah.

Mereka yang mencipta undang-undang yang tidak syari'i, mereka itulah tulah yang menanggung dosa. Termasuklah ahli parlimen atau ahli DUN yang mengundi menyokong sesuatu akta atau enakmen yang menafikan kebangkitan perundangan syarak. Jika pihak berkuasa agama ingin sekali menegakkan hukuman Al-Quran tetapi tidak mempunyai bidangkuasa untuk melaksanakannya kerana halangan tertentu, pihak yang terlibat dalam halangan itulah yang menaggung dosa. Allah menilai niat dan kemampuan setiap orang. Allah menilai kehendak setiap orang.



لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)

Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang syariah untuk ditegakkan di negara tercinta ini?

Selama ia tidak terlaksana, bukan para penzina yang bertaubat dan mencari penyucian diri itu yang dipersalahkan.
Bukan para qudhat yang ditahan daripada menegakkan hukum Allah sedangkan hati meronta  untuk melaksanakannya.

Bukan juga para qudhat dan dipaksa menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukan-peruntukan artifisial yang dilebelkan sebagai hukuman syarak padahal ia jauh daripada hukuman Syarak.

Allah amat belas kasihan kepada manusia yang yang tak berdaya dan dizalimi. Allah menilai setiap niat dan kemahuan.

Al-Quran telah jelas menyebutkan bahawa jumlah sebatan adalah 100 kali dan jumlah ini adalah qat'i dan bukan perkara ijtihadi. Tiada seorang yang paling bijak dalam dunia boleh mengubah bilangan ini  lagi berdasarkan apa-apa pertimbangan  manusiawi pun. Ia adalah hududullah yang telah ditetapkan. Jika diubah, tidaklah ia menjadi hukuman hudud lagi melainkan jadilah ia sejenis ta'zir. Hukuman-hukuman bagi kesalahan jenayah hudud, tidaklah  boleh dijatuhkan ta'zir jika sudah cukup pembuktiannya sama-ada syahadah (Kesaksianatau iqrar (pengakuan).

Firman Allah SWT:



الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: Ayat 2)


Dalam kes mengenai 3 pesalah wanita tersebut, mereka telah membuat pengakuan dan dengan pengakuan itu mereka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud.

Hukuman 6 kali sebatan tidak termasuk dalam hukuman hudud. Bagi kesalahan zina bukan muhsan hududnya adalah 100 kali sebatan. Bagi kesalahan minum arak, hududnya adalah antara 40 kali sebatan sehingga seratus berdasarkan khilaf para ulama. Bagi kesalahan qazaf (menuduh orang bezina-termasuk menuduh orang meliwat dirinya) hududnya adalah 80 kali sebatan.

Hukuman-hukuman ini dinamakan hudud kerana ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tidak melaksanakanya menjadikan sesebuah pemerintahan itu adalah pemerintan yang zalim dan para penguasanya menaggung dosa tidak menegakkan kefardhuan sebuah pemerintahan.

Boleh sahaja hukuman hudud itu digantung perlaksanaannya untuk satu tempoh masa berdasarkan maslahah yang difikirkan perlu oleh pemerintah. Digantung,  ertinya hukuman itu sudah dilaksanakan sebelumnya , tetapi dihentikan perlaksanaan untuk sesuatu keperluan. Inilah yang pernah dilakukan Khalifah Umar Alkhattab yang menggantungkan perlaksanaan hudud potong tangan bagi pencuri pada 'tahun kelaparan' yang melanda Madinah.

Walau bagaimanapun, kita wajar melihat perkembangan terbaru ini dengan positif. Kita tidak akan memperakui bahawa hukuman sebat 6 kali adalah hukuman syarak. Tetapi ia adalah putik yang kita harapkan menuju musim masak ke arah perlaksanaan hudud secara total. Orang sudah mula membicarakan perlaksaan hudud. Itu wajar disyukuri miski hudud yang difahami itu masih jauh hudud sebenar dan penuh keraguan.

Tugas kitalah, para pendakwah dan pejuang Islam yang cintakan Islam untuk melonjak kefahaman masyarakat terhadap bentuk hudud yang tepat dan menjadikan mereka yakin bahawa itulah penyelesaiannya. Kita perlu menyimpan cita-cita dan berjuang menegakkan hukum Allah biarpun untuk 1000 tahun lagi.

Allah tidak bertanya apa yang telah kita capai tetapi Dia akan bertanya apa yang telah kita lakukan!


وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan.
(Surah At-Taubah: Ayat 105)


0 comments:

Post a Comment