Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Membatalkan Perarakan Maulidur Rasul bukan menghina Islam.

February 15, 2010

Ketika melalui lorong-lorong di kejiranan kami, melihat beberapa rumah kaum Cina yang tidak  berhias  lampu warna warni, dan tiada petanda sambutan Tahun Baru Cina,  isteriku berkata:

"Bukan semua Cina menyambut Tahun Baru Cina...",

"Ada ramai juga Cina yang tak percaya dengan khurafat tarian naga menagih untung dalam nasib...",balasku.

Cina yang rasional dalam ruang kekufuran mereka pun dapat menolak kekarutan menyambut tahun baru yang saban tahun diasosiasi dengan perlambangan berasaskan binatang. Tahun ini tahun harimau. Begitulah haiwan yang mewakili tahun Baru Cina kali ini.

Melihat sikap setengah Cina terhadap sambutan tahun baru mereka yang sambil lewa dan tiada apa-apa acara meriah, malah rumah mereka pun tiada berlampu warna warni, aku teringat sikap segelintir Melayu terhadap sambutan hari-hari penting Islam yang diwujudkan dan diagungkan. Orang Melayu membesarkan hari 1 Muharam dengan sambutan Ma'al Hijrah, 10 Muharam sebagai Hari 'Asyura dan 12 Rabi'ul Awal sebagai Maulidur Rasul. Pada hari-hari itu, beberapa acara sambutan dilakukan. Umpamanya, Maulidur Rasul disambut dengan perarakan.

Apabila Ketua Menteri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri, ada kalangan yang melatah dan melihat pembatalan tersebut sebagai permusuhan kepada Islam. Beliau dilebel sebagai chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman. Sikap ini terserlah dalam apa yang ditulis  Zulkifli Nordin dalam blognya.

Maulidur Rasul ertinya kelahiran Rasul. Namanya seolah-olah satu yang berkaitan dengan Islam. Namun sesuatu itu tidak boleh dikaitkan dengan Islam kecuali jika Allah dan Rasulnya mengaitkan dengan Islam. Sambutan Maulidur Rasul tidak pernah dikaitkan dengan Islam oleh Allah dalam Al-Quran dan RasulNya dalam hadis. Para sahabat Salafus Soleh dalam 300 tahun pertama dari kelahiran Islam juga tidak pernah mengaitkannya dengan Islam.

Perkaitannya dengan Islam dibuat pada zaman-zaman kemudian atas beberapa kaedah  yang bukan pokok untuk mengistinbat hukum. 

Apatah lagi jika sambutan Maulidur Rasul itu dijelmakan dalam bentuk perarakan. Islam tidak pernah memperakukan bahawa pada tarikh 12 Rabi'ul Awal hendaklah dibuat perarakan. Perarakan yang dibuat selama ini adalah hasil khayalan dan sangkaan manusia bahawa ia boleh menimbulkan cinta kepada rasulullah dan Izzah buat namanya. Realitinya, dalam konteks Malaysia, biarpun sudah bertahun-tahun perarakan Maulidur Rasul dibuat di peringkat kerajaan pusat, negeri, bandar, pekan ,daerah maupun kampung-kampung,  tidaklah menambah apa-apa buat rakyatnya. 

Jangan ada yang mengatakan bahawa hasil perakan Mulidur Rasul, rakyat Malaysia makin cinta kepada Rasul. Makin tahun kegamaan dan moral rakyat merudum jatuh. Berita terbaru tentang seorang bayi lelaki yang dibuang dalam tong sampah dan dibakar di Kuala Kerai (klik di sini), Kelantan membayangkan kroniknya keadaan agama dan moral di Malaysia. Zina sudah menjadi seperti mengunyah kuaci ketika menonton bola sepak.

Kesedaran agama dan cinta Rasul tak pernah terbit daripada kain rentang dan perarakan dengan ragam baju melayu yang berwarna warni.

Kalau Lim Guan Eng batalkan perarakan Maulidur Rasul, ia tidak pun mencalar Islam. Mungkin ia hanya mencalar perasaan sebahagian orang Islam yang dunggu dan terpinga-pinga dalam mengenali wajah Islam sebenar. Satu yang ditempelkan kepada Islam disangkanya Islam. Membuang tempelan itu disangkanya menghina Islam. 

Dari satu sudut, perarakan Maulidur Rasul itu membazir. satu yang dibuat tapi tak menghasilkan natijah positif, tentulah membazir. Lebih-lebih lagi Allah tak suruh dan nabi pun tak suruh. Khayalan dan perasangka sahaja yang mendorong. 

Orang Melayu Islam generasi baru ini hendaklah guna fikiran. Tidak perlu guna emosi dalam memperjuangkan Islam. Melayu Islam perlu tahu di titik mana Islam menuntut sensitiviti dan komitmen dalam memperjuangkannya. 

Biarlah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guang Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul, malah mengharamkannya sekalipun, ia bukan merugikan Islam. Perasaan orang-orang yang berkepentingan atau orang yang meraba-raba dalam mengenali Islam sahaja merasakan ia merugikan Islam.

Jika seorang pemimpin itu dapat menjimatkan setiap sen wang kerajaan daripada program yang tidak menghasilkan apa-apa, kita wajar memujinya. Sedangkan, berapa banyak wang negara dibazirkan oleh pemimpin yang korup dan hanya bermegah-megah dengan kemegaan projek yang tidak menguntungkan rakyat. Itu lebih patut dicela oleh orang yang suka mencela.

Apa yang aku ingin tegaskan, membatalkan perarakan Maulidur Rasul bukanlah menghina Islam! Jangan termakan dengan sensitiviti yang dibakar semberono oleh orang tertentu yang mencurigakan motif sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment