Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Cinta nabi Ittiba' Nabi!

February 26, 2010

Kalau dengan perarakan itu, anda yakin boleh menjadi manifestasi cintakan Rasul, sila teruskan. Beraraklah biar  berbatu-batu jauhnya. Malah kalau sepanjang lebuhraya Utara Selatan sekalipun apa salahnya. Asal jangan menghalang lalulintas sudahlah kerana banyak orang yang tidak suka perjalanannya dihalang atau dilambatkan.

Bukankah apa yang penting dalam hal memperingati kelahiran Rasul ini adalah mencintai Rasul? Bagaimana nak menunjukkan cinta Rasul itu, gunakanlah otak dan citarasa sendiri. Mungkin, selain buat perarakan  boleh tulis nama Muhammad besar-besar di monumen tinggi agar semua orang nampak. Boleh juga suruh penyanyi macam M.Nasir buat lagu sebut pasal nabi Muhammad SAW. Apa salah juga kalau kumpulan penyanyi rock yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini buat lagu dan nyanyikan lagu tentang nabi Muhammad. Mereka juga ummat nabi Muhammad dan berhak menyatakan rasa cinta mereka kepada nabi Muhammad. Tak mengapalah kalau masa menyanyi itu mereka pakai seluar serabai, rambut panjang atau melompat terkinja-kinja, kerana itu memang menjadi identiti rockers. Bagaimana pula kalau penyanyi dangdut juga mahu turut serta buat lagu tentang nabi Muhammad?

Mereka orang seni dan tentu senilah medan mereka menyatakan cinta mereka kepada Rasulullah. Janganlah pula lagu mereka dihalang sedang lagu Mawlid ad-Diba`ie, Mawlid al-Barzanji, Mawlid Simthud Durar dan Mawlid al-'Azau  dibolehkan. Semua itu lagu-lagu ciptaan manusia belaka. Tiada maksum pada sebarang antologi lagu sama ada dicipta oleh penyanyi rock atau cendikiawan Islam zaman silam. Masing-masing adalah umat nabi dan berhak berbuat sesuai dengan keinginan mereka menyatakan cinta kepada Rasul.

Yang penting menyatakan cinta!

Bagimana pula kalau anda mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT,  bagaimana anda lakukan? Ada yang kata solatlah banyak-banyak. Ada yang kata banyak berzikir melalui aurad-aurad yang diambil secara berijazah daripada masyayikh. Ada pula yang kata kena berkhulwat. Itu bahasa Arab. Khulwat itu bertapalah. Bertapa di dalam gua batu di puncak gunung untuk taqarrub kepada Allah. Mungkin ada juga yang kata hendaklah siksa diri dengan kesusahan hidup untuk taqarrub. Tok sami di kuil hanya pakai kain kuning sepanjang proses kesamiannya. Katanya itu adalah proses penyucian diri untuk  taqarrub. Bermacam-macam simpang siur ijtihad manusia untuk menuruti jalan taqarrub!

Apakah taqarrub itu yang paling penting sedangkan jalannya tidak penting?

Berbalik kepada soal menyatakan cinta kepada nabi, apakah menyatakan cinta amat penting dan tidak perlu menghiraukan jalannya?

Mencintai Rasul menduduki tempat kedua selepas mencintai Allah dan mendahului cinta kepada jihad fi sabilillah sebagaimana firman Allah SWT:


قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدي القوم الفاسقين
Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(Surau At-Taubah: Ayat 24)


Sabda Rasulullah SAW:

والذي نفسي بيده، لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين
"Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, Tidak beriman seorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya danm manusia semuanya”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan ditambah “daripada keluarganya dan hartanya” dalam Hadis riwayat Muslim)

Sememangnya mencintai nabi menjadi tuntutan. Tetapi bagaimana mencintai nabi, hendaklah serupa dengan bagaimana mencintai Allah. Kerana siapa yang mencintai Allah, hendaklah nabi. Demikianlah juga sebaliknya. Orang-orang Yahudi dan Nasrani  di zaman Rasulullah SAW mendakwa mereka mencintai Allah lalu Allah berfirman menempelak mereka:



قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali-Imran: Ayat 31)

Kalau cintakan Allah, ikutlah nabi...

Justeru, kalau benar cinta nabi, ikutlah nabi. Ikut apa yang nabi buat, taat apa yang nabi suruh dan larang dan ambil iktibar apa yang nabi perakukan. Ikutlah nabi dalam pentadbiran bernegara dan hubungan antarabangsa. Ikutlah nabi juga dalam soal-soal kecil hatta ketika masuk ke dalam tandas dan  saat menyetubuhi isteri sekalipun. Nabi menjadi model dalam kehidupan. Inilah manifestasi cinta nabi.

Kalau malas solat jema'ah, buang air liur sahaja mendakwa cinta nabi. Kalau solat sunat pun malas, cinta nabi jenis apa itu? Bila seruan azan menandakan subuh sudah masuk, telinga yang mendengar dikalahkan mata yang mengantuk dan tidur tak hadir solat jemaah, cintakan siapa sebenarnya? Cinta Allah tentunya  bukan. Cinta nabi pun bukan. Cinta fi sabilillah? Tak mungkin. Cinta tidurlah agaknya. Itu yang mungkin.

Dalam perjuangan, perjuangan untuk bangsa, untuk perut  dan untuk pangkat lebih utama daripada perjuangan Islam. Cinta nabi cap apa ini?

Banyak ketempangan dalam pernyataan cinta kita semua.

Cinta nabi...ia terangkum dalam satu kalimah iaitu "ittiba'" kepada nabi.

0 comments:

Post a Comment