Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Melayu dan warisannya

February 18, 2010

"Kita kena hidupkan silat, inilah pusaka melayu, lambang melayu...", seorang kenalanku pernah meluahkan hasratnya kepadaku. Menurutnya, sekarang ilmu persilatan semakin ditinggalkan dan menjadi harapannya agar semua sekolah mempunyai kelab persilatan masing-masing.

Semasa aku di universiti aku pernah mengikuti seni silat Gayung Fatani. beberapa jurus aku belajar tapi akhirnya aku tinggalkan. Aku hilang minat. Gurunya seorang lelaki bertubuh sasa , smart dan bergaya dalam usia lingkungan 30-an. Aku ingat mahu cari guru berambut putih, panjang dengan janggut mencecah dada. Macam Aria Putera yang mengajarkan silat kepada Hang Tuah lima bersaudara.hahaha.

Zaman sudah berubah. Minda Melayu juga sudah banyak melalui anjakan. Zaman sekarang bukan lagi untuk hidup dalam nostalgia kegemilangan zaman Melaka.

Aku Melayu biarpun tak bersilat.
Aku Melayu biarpun tak mempunyai keris.
Aku Melayu biarpun tak bersongkok atau berbaju Melayu.

Ramai Melayu sudah tidak tahu tulisan Melayu (jawi)
Ramai Melayu sudah tak tahu berbahasa Melayu (kerana lama di luar negara)
Ramai Melayu lebih suka taekwando dan krate berbanding silat.

"Kalau bukan kita yang menghidupkan pusaka warisan bangsa kita, siapa lagi?", Seorang Melayu, dengan semangat waja bangsa Melayu melontar kata sambil tangan digenggamkan.

Salah tanggap berlaku.

Ada yang faham Melayu itu pada kerisnya. Lalu, bila sebut Melayu, keris pun dijulangkan!

Ada Faham Melayu itu pada acara tepung tawarnya. Lalu, ketika buat kenduri kahwin, diadalah acara bersanding dan tepung tawar!

Ada yang faham Melayu itu pada baju Melayunya, lalu berbaju Melayulah dia pada hari raya, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Perarakan Maulidur Rasul.


Adat-adat lapuk Melayu dibongkar dan dihidupkan atas semangat Melayu. Ada usaha menghidupkan adat mandi tolak bala kerana itu dikatakan daya penarik pelancong di samping menampilkan warisan melayu.

Aku Melayu kerana dilahirkan daripada ibu bapa berbangsa Melayu. Jika aku dilahirkan dari ibu bapa berbangsa Arab, jadi bangsa Arablah aku. Demikian, jika sekiranya ibu bapaku berbangsa Asli Jakun atau Temiar, jadilah aku berbangsa Asli Jakun dan Temiar. Aku boleh jadi bangsa apa sahaja dan tiadalah kelebihan satu bangsa atas bangsa lain.

Yang lebihnya adalah takwa.

Melayu ada raja. Itu kisah dulu. Kisah zaman feudal. Zaman di mana kata-kata Hang Tuah 'Tak Melayu Hilang di Dunia ' mejadi kata-kata hikmah. Menjadi sabda yang dijunjung.Kata-kata Hang Tuah 'Pantang Melayu Derhaka' menjadi penambat taat membuta tuli. Demi melestarikan katanya sendiri, direlakan Bendahara Tun Perak melaksanakan hukuman bunuh buatnya.

Melayu perlu bangkit dengan semangat Islam yang tulin. Melayu tak perlu tunjukkan keris lagi. Tak perlu cerita lagi hebatnya seni keris dalam membunuh dan memburaikan isi perut. Tak perlu bernostalgik dengan khurafat kesaktian keris Taming Sari. Zaman ini senjata moden seribu kali lebih sakti daripada keris. Keris tiada guna lagi!

Jangan ada orang berkata bahawa keris masih perlu diperasapkan serta dimandilimaukan. Ada Melayu bersemangat Melayu warisan mendakwa keris masih diperlukan di saat rusuhan kaum terjadi. Cerita tahayyul mengenai keris terbang membunuh Cina tahun 1959 menjadi cerita kebanggaan tentang hebatnya keris dalam tradisi Melayu.

Itu sesungguhnya cerita yang memalukan Melayu. Mana mungkin keris terbang kalau bukan kerana ilmu sihir yang didokongi oleh jin dan syaitan! Jenis Melayu yang bersahabat dengan jin dan syaitan inikah yang menjadi kebanggan kita?

Melayu hanya sebuah bangsa. Bukan agama. Kalau nak berjuang dan membela, belalah agama, baru ada ganjaran pahala. Mati berjuang membela bangsa, mati katak. Botak kepala dan serabut serabai memikirkan bagaimana nak mengangkat darjat bangsa, adalah kebotakan dan keserabutan yang tak berguna.

Ada orang, tanpa menghiraukan pandangan agama, cuba membangkitkan segala adat silam. Adat melayu dan juga adat lainnya. Lebih teruk, ada yang berkaitan dengan Paganism. Pesta Kaul di Sarawak dihidupkan. Alasannya cuma untuk menarik pelancung. Tadau Kaamatan dihidupkan. Bukankah ia berasal usul daripada pesta memuja semangat padi? Pesta mandi safar diberi nilai baru.

Pelancongan...pelancongan...pelancongan...itulah alasan nil-nya

Demi pamrih dunia yang sedikit, dibangkitkan apa yang telah dimatikan Islam!

0 comments:

Post a Comment