Aku ingin menyemai qana'ah dalam sekankang kera bendang hati ini, agar aku redha dengan apa yang aku ada sekarang ini. Biar redha itu tumbuh subur menjadi saujana mata sawah syukur yang akan disenandung lagu serunai tahmid.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulilah...biar kalimat-kalimat tsaqil ini menjadi penawar buat menghambat pergi rasa tamak dalam hatiku.Biar kalimat ini menjadi sejuk siraman telaga kauthar dalam syurga hatiku yang berpagar rasa kifayah dengan segala ketentuan.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulilah...biar kalimat-kalimat tsaqil ini menjadi penawar buat menghambat pergi rasa tamak dalam hatiku.Biar kalimat ini menjadi sejuk siraman telaga kauthar dalam syurga hatiku yang berpagar rasa kifayah dengan segala ketentuan.
Anda tak akan menjadi kaya melebihi Qarun. Anda tak akan mendapat bimbingan Rasul sebagaimana Qarun mendapat bimbingan Nabi Musa. Janganlah berjanji itu dan ini sewaktu anda sedang mabuk memburu kekayaan. Katalah apa sahaja, tentang cita-cita, tekad dan azammu jika kamu diberikan kekayaan, sesungguhnya janji-janji Qarun terhadap Nabi Musa telah melebihi apa yang kamu janjikan.
Kendatipun begitu, Qarun tetap lupa dan melampaui atau kaumnya!
"Kalau aku untung dalam perniagaan ini...aku akan membantu perjuangan Islam", demikian kata-kata manis seorang yang sedang giat menjalankan perniagaan MLM sehiangga tidak sempat untuk hadir program jemaah,usrah dan liqa'-liqa' tarbawi.
"Dalam perjuangan ini, kita memerlukan orang seperti Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abd Rahman bin 'Auf ", ujaran itu adalah melankolik santun kata untuk memuliakan tugas memburu kekayaan melalui pelbagai cara yang sedang direntasi segala liang dan lubangnya.
Lupa asal usul bukan perkara baru. Telah banyak manusia yang lupa asal usulnya.Sewaktu miskin, belajar di pondok, makan nasi berlauk ikan tamban "teleng". Bila sudah kaya, senang lenang, ada orang gaji tukang masak di rumah sendiri, masakan kurang masin sahaja menjadi sebab orang gajinya dipecat.
Masa dulu tinggal di kampung, naik basikal tua yang rantainya berkeriut setiap kali di kayuh, bila sudah kaya, diberi pula pangkat YB, jadi pemimpin, bukan mahu dibantunya marhaen miskin di kampung-kampung yang berhempas pulas mencari seposen dua buat menyara kelaurga. Mereka jadi pemimpin yang memikirkan wang berjuta dan kereta mewah. Mereka sudah lupa basikal tua dan wang seposen. Mereka sokong harga minyak dinaikkan, harga gula dinaikkan dan mereka tak rasa keberatan. Malah,kata mereka, itu adalah demi negara. Bukan demi negara, tetapi demi konglomerat kaya yang sama-sama memakai tengkolak Qarun di kepala. Sama seperti mereka. Mereka lupa.
Kenapa si miskin melupai zaman miskinnya. Kenapa si hina melupai zaman hinanya. Kenapa si badwi melupai wadi sepi dan padang gembalanya.
Sedangkan Qarun lupa zaman dia berguru dengan nabi Musa.Ketika dituntut komitmennya untuk memberi sumbangan kepada perjuangan, mengeluarkan sebahagian kecil cuma dari hartanya, dia enggan dan rasa sayang serta kedekut. Malah dia angkuh dengan kekayaannya dan mendakwa ia adalah hasil kepintarannya sendiri mengusai dunia ekonomi dan perniagaan!
Firman Allah SWT dalam menceritakan jawapan angkuh Qarun:
قَالَ إِنّمَآ أُوتِيتُهُ عَلَىَ عِلْمٍ عِندِيَ
Qarun berkata: "Sesungguhnya Aku Hanya diberi harta itu, Karena ilmu yang ada padaku".
Surah Al-Qasas:7
Wahai para orang kaya, jangan rasa kekayaanmu itu kerana kepandaianmu. Wahai orang berpelajaran tinggi, jangan fikir kepintaranmu keraja cemerlang otakmu. Wahai orang berpangkat, jangan fikir pangkatmu dicapai dengan sebab strategi politikmu atau siasah bijakmu dalam perkhidmatan!
0 comments:
Post a Comment