Satu ketika aku solat Jumaat di sebuah masjid. Di sebelahku seorang lelaki bersolat sambil sujud di atas kedua belakang tangannya. Hairan dan rasa terpanggil untuk menegur cara sujudnya, aku mencuitnya lepas solat.
"Assalamualaikum...",
"Walaikumussalam...", lelaki yang aku kira lebih tua daripadaku beberapa tahun itu menjawab perlahan. Hampir tidak terdengar suaranya. Dia tidak menolehpun kepadaku. Begitu khusyuk.
"Kenapa abg sujud atas belakang tangan?", soalku.
Soalaku tidak dijawab. Lelaki itu bangun dan mengangkat sebelah tangan dalam gaya tabik dan berlalu. Aku ditinggal dalam kebingungan. Aku kira pertanyaanku sudah cukup berhikmah untuk tidak membuatkannya rasa terhina atau dimalukan. Lagipun tiada sesiapa berdekatan kami ketika itu.
Satu ketika aku solat sunat ba'diah Jumuat. Di depanku seorang lelaki sedang solat sunat ba'diah jumaat juga. Ketika aku sudah selesai, lelaki didepanku sedang sujud. Aku melihat kedua belah jari kakinya tidak ditegakkan. Sujud yang salah. Bererti solatnya tidak sah. Sujud yang sah hendaklah atas 7 anggota sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : امرت ان اسجد على سبع اعظم : على الجبهة، والانف، والركيتين، والقدمين
Dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, [Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi" dua tangan, dua lutut dan dua kaki
(Hadis Riwayat Bukhari)
Mengapa manusia tidak mahu mengejar ilmu sebagaimana mereka mengejar harta. Demi harta, ramai orang yang keluar pagi pulang senja. Ada yang sanggu bersengkang mata di malam gelita.Ketika mereka beribadat dalam kejahilan, lalu ibadat itu tidak sah pada syarak, siapa yang patut dipersalahkan? Orang-orang berilmu yang melihat kesilapan merekakah yang patut menegur atau mereka sendiri perlu berusaha mencari halaqah-halaqah ilmu?
Ironinya, manusia yang beramal secara silap ini terus dengan kejahilannya. Dia tidak pula mahu memperbaiki. Malah ketika dipersoalkan atau ditegur, dengan rasa tak senang dia berlalu pergi.
Mengapa demi harta dan kekayaan, ada orang sanggup duduk mendengar 'talk' yang menerangkan skim-skim dan plan-plan perniagaan untuk sesuatu produk. Tapi, untuk ilmu dan kemantapan ibadah, tidak sanggup duduk dalam kuliah dan halaqah.
Di kala dia beramal lalu silap dalam amalannya, di akhirat kelak, akan datanglah hujahnya di depan Tuhan.
'Ustaz sianu-sianu tidak menegurku...tak membetulkan kesilapanku...",
Ilmu itu dicari, bukan mencari. Ilmu itu bukan pengemis yang meminta tetapi orang kaya yang membela.
Ilmu itu dicari, bukan mencari. Ilmu itu bukan pengemis yang meminta tetapi orang kaya yang membela.
Wahai orang yang tidak berilmu. Sebagaimana cintamu kepada dunia membuatkanmu mengejarnya, demikianlah kepada ilmu, hendaklah kau mengejarnya.
Wahai orang yang berilmu. Rendahkan dirimu dan dengarlah ilmu daripada orang menyampaikan ilmu biarpun yang menyampaikan itu lebih kecil daripadamu dalam usia.
0 comments:
Post a Comment