Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Aduka Taruna, Renangilah Kumbahanmu Sendirian!

February 1, 2010

Sebelum ini ada sedikit simpatiku buat Sang Aduka Taruna, blogger bertinta celupar yang ditahan kerana menghina Sultan Johor yang mangkat. Pada  perkiraanku,nistanya itu bukanlah satu jenayah besar sehingga perlu ditahan reman. Dalam aspek semangat kejebatannya, ia mungkin dikagumi oleh sekelompok melayu berjiwa jebat. 

Namun, rupanya Aduka Taruna  itu sejenis manusia yang kebih hina dari yang aku sangkakan. Tatkala membaca salinan dari blog Aduka Taruna yang menghina Aishah dan Muawiyyah dengan ayat-ayat kasar dan penuh penghinaan, sirna lesaplah sekelumit simpati yang tersimpan buatnya. Tumbuhlah rasa busuk, hapak dan hanyir pada namanya sehingga memuntahkan kemeluatan yang berpanjangan. 

 

 
Salinan diambil daripada laman web  Dr MAZA

Siapa yang membaca ayat-ayat penghinaanya terhadap Aishah dan Muawiyah dan kritikannya yang  bernada perlecehan kepada sikap ulama silam dalam menilai keterlibatan kedua-duanya dalam perang Al-Jamal dan As-Siffin, pasti akan tertegun dengan kelancangan seorang manusia yang bernama Aduka Taruna.

Kecewalah ibu yang mengandungkan anak bernama Aduka Taruna. 

Tulisannya laksana sampah sarap. Busuk dan beselerak. Bahasanya serendah air perlimbahan. Kepada Kerabat Sultan Johor dia boleh minta maaf kerana menghina Sultan yang mangkat. Penghinaannya kepada Aishah dan Muawiyyah, kepada siapa dia mahu merafak kemaafan?

Aku berlepas diri daripada Sang Aduka Taruna. Tidak menujunjung ruhama' buatnya. Rasailah segala kemelut jiwa, kemerosotan semangat dan kekusutan perasaan sendirian. Terjun, hanyutlah dalam gelimang ayat-ayat celuparmu....sehingga ketentuan datang kepadamu. Jika masih ada maghfirah buatmu, itu urusanmu dengan Allah, jika tiada juga berdaya kau memanjat tangga taubat, itulah azab buatmu.

2 comments:

Lenggang Kangkung said...

Allah Maha adil.

Ikhwan Nain said...

Astagfirullahal'azim.... Apa nak jadi ni. Aku pun dah baca tadi artikel tu, Astagfirullah'azim...hal ini sepatutnya diambil tindakan oleh majlis agama.

Post a Comment