Mu'awiyah r.a sahabat nabi sering dipandang negatif oleh ramai orang islam. Kerana sejarah mencatatkan bahawa ada perlawanan antara pasukannya dengan pasukan Saidina Ali r.a dalam perang Siffin, Mu'awiyah dilihat sebagai penentang khalifah sah dan dicop sebagai bughah. Sementara kisah sejarah memerlukan penelitian cermat dan kritis. Dalam riwayat sejarah, banyak sekali pembohongan dan tokok tambah.
Logiknya, sedangkan hadis dipalsukan orang, apalagi riwayat sejarah.
Maka, membaca riwayat Mu'wiyyah yang ditokok tambah dengan pelbagai ramuan akan membuatkan kemuliaannya serta kehebatan menjadi malap dan sirna. Antara sahabat nabi yang banyak dicoreng namanya oleh musuh politik, khusus kelompok Syiah, adalah Mu'wiyah.
Padahal, banyak kepintaran politik yang ada padanya dipersiakan kerana sikap politik yang diserongkan ke atasnya. Telusurilah sejarah perkembangan Islam, kita akan dapati bahawa beliaulah orang pertama yang memimpin armada. Pemerintahannya adalah zaman penuh kebanggan dengan misi jihad dan perluasan dakwah serta wilayah.
Ahli politik yang mempunyai masalah pongah, agah, pemarah, dendam yang tidak bisa dipadamkan, gelojoh, suka terbang tinggi, tamak, menunjuk-nunjuk kemegahan dan sebagainya perlu belajar seni politik Mu'awiyah.
Kitab-kitab yang menceritakan sejarah seperti Al-Bidayah wan Nihayah, Kanzul Ummal, Fursan An-nahar Min Ashabil Akhyar dan lain-lain menceritakan kelebihan Mu'awiyah dalam perangai politik yang mengujakan orang pada zamannya. Antara yang menarik disebutkan ialah perkataan Umar Al-Khattab ketika orang mengadu tentang Mu'awiyah di depannya. Beliau berkata:
" Biarkan pemuda Quraisy dan anak pemimpin Quraisy itu...sesungguhnya dia adalah orang dapat ketawa ketika marah...".
Sungguh sukar menemukan orang mampu ketawa ketika marah. Boleh ketawa sewaktu marah adalah aset mahal buat sang politikus. Betapa banyak keberuntungan yang dapat diraih oleh seorang ahli politik yang punya kelebihan sedemikian.
Jika marah menyebabkan kata keras, celaan atau nista, sekalipun sekadar membalas serupa, ia masih kegagalan sebagai seorang ahli politik. Jika sanggup memaafkan musuh politik masa lalu dan berkawan pada hari ini demi manfaat yang lebih besar, itulah manifestasi "ketawa ketika marah" sepertimana yang ada pada Saidina Mu'wiyah.
Jika sanggup tersenyum dan lupakan konflik masa lalu, itulah yang melonjakkan sinar bintang politik. Jika tidak sanggup, rasanya lebih baik ucapkan selamat tinggal dunia politik dan pilihlah kerjaya lain seperti polis, peguam, atau hakim yang kerjanya membalas kejahatan dan kezaliman orang. Atau sisihkan diri sebagai pendeta yang berkhalwat membuang kesetanan dunia.
Terus terang aku kagumi kebolehan seperti Mu'wiyah itu tapi aku tidak sanggup meladeninya. Kerana itu ahli politik bukan impianku.

0 comments:
Post a Comment