Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

ASHABUT TAMARRUD MENOLAK RAHIM ALLAH

July 5, 2013

Bukan senang untuk mendapat seorang pemimpin yang tidak meminta jawatan sebagai pemimpin. Jika rakyat mendapat pemimpin sedemikian, itulah anugerah yang sangat mahal. Allah menganugerahkan pemimpin pilihan Allah SWT sebagaimana kaum Bani Israil pernah dikurniakan Talut sebagai pemimpin.

Allah telah menunjukkan rahimNya apabila jawatan kepimpinan Mesir diberikan kepada Dr. Muhammad Mursi. Itu bukan pilihannya dan bukan permintaannya. Dia menerimanya kerana taat kepada syura jamaah yang menjadi wadah perjuangannya. Maka, jika demikian, Allah bersama dengannya. Mereka yang melucutkannya dari jawatan tersebut adalah penentang Allah SWT.

Nabi SAW telah bersabda:

لا تسأل الإمارة فإنك إن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها

“ Janganlah kamu meminta-minta jawatan sebagi pemimpin. Maka sesungguhnya jika jawatan kepimpinan itu diberikan kepada kamu dengan permintaan kamu, kamu akan diserahkan mengurus sendiri. Sebaliknya, jika jawatan kepimpinan itu diberikan kepada kamu tanpa permintaan kamu, Allah akan menolong kamu menjayakannya.
(Hadis riwayat Bukhari)

Apabila seseorang diberikan jawatan dengan cara itu, maka tidak layak baginya melepaskannya walau digoda harta semuat dunia atau dianncam dengan darah dan nyawa. Saidina Uthman R.A telah menitipkan prinsip buat pemimpin yang terhimpit seperti keadaan Mursi ketika ini. Maka, benarlah sikap Dr. Muhammad Mursi yang tidak mengiktiraf penggulingannya.

Allah tidak akan membantu Adly Mansour kerana dia mendapat jawatan itu dari tentera yang khianat dan menagih jawatan kepimpinan utama itu. Apalah yang mampu dibuat tanpa kebersamaan Allah? Tanpa kebersamaan Allah dalam pilihan pemimpin, seribu satu bencana yang akan menyertai.

Rakyat Mersir Ashabut Tamarrud akan meratap sesal. Belum masanya kalian mengukir senyum kerana tangisan akan menyusul. Setelah Allah dikhianati sedangkan Dia telah menunjukkan Rahimnya, tiada buah yang manis lagi melainkan pahit demi pahit sahaja yang dapat dipungut.

فأصبحت كالصريم فتنادوا مصبحين

Maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita. Lalu mereka panggil memanggil di pagi hari (untuk melihat apa yang sudah jadi dengan taman yang mereka usahakan)

(Surah Al-Qalam: Ayat 21-21)

"Siapa menyemai badai, maka taufanlah yang akan dituai".

0 comments:

Post a Comment