Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Islam tulin bukan Islam palsu

October 4, 2009


Apa diharap padi semberang

Entah menjadi entahkan tidak





Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis menulis dalam laman webnya (Minda Tajdid)  mengenai cara menyelamatkan UMNO. Menurutnya, satu-satunya jalan menyelamatkan UMNO adalah dengan kembali kepada Islam yang tulin. Dengan ertikata lain, pada masa ini, Islam dalam UMNO itu tidak tulin. Tidak tulin maknanya tidak asli. Tak asli itu disebut palsu. Palsu disebut juga tiruan.

Seseorang yang tiada gigi, dia akan memakai gigi palsu untuk ada gigi. Lalu dia boleh manfaatkan gigi palsunya untuk mengunyah makanan dan nampak cantik bila tersenyum. Demikian, seseorang yang tiada kaki, tangan atau mana-mana anggota tubuh, dia boleh memakai yang palsu agar dia boleh berjalan, memegang dan sebagainya. Kadang-kadang, gigi palsu dan anggota tubuh palsu yang dipakai itu nampaknya macam yang asli walaupun sebenarnya ia palsu.

Tapi...agama bukan macam gigi atau anggota tubuh badan. Kalau gigi palsu atau mana-mana anggota badan yang palsu, ada juga gunanya. Tetapi kalau agama itu palsu, satu sen pun tiada guna. Dalam agama, orang yang memalsukan agama disebut munafiq. Dalam keadaan nabi mengajarkan agama Islam yang sebenar, terdapat kalangan yang menerima ajaran agama nabi Muhammad itu dengan penuh kepalsuan. Mereka mengaku diri mereka Islam tetapi sebenarnya mereka bukan Islam. Itulah kepalsuan Islam dalam rupa nifaq yang bermain dalam sanubari sebilangan orang pada zaman nabi.

Bila dikatakan Islam UMNO itu tidak tulin, apa maknanya itu. Maknanya Islam UMNO itu palsu. Bukan aku yang kata. Tetapi bekas mufti itu yang kata. Kalau masa dia jadi mufti, kalau dia kata begitu,katanya disebut sebagai fatwa. Jadilah perkataannya itu sebagai fatwa kalau dia masih mufti. Fatwa bahawa Islam UMNO tidak tulin.

Barangkali juak-juak UMNO akan terlopong mulut bila dapat tahu makna disebalik fatwa terlewat sang mufti itu.

Islam kami palsu?Islam kami tak tulin?Aduh...bagaimana ni? Kalau Islam kami tak tulin, macam manalah dengan solat kami, ibadat kami dan semua kebajikan kami? Mungkin persoalan-persoalan ini akan menyerbu bertimpa-timpa dalam otak fikir juak-juak UMNO yang masih berfikiran.

Islam UMNO tidak tulin!

Bukan aku yang kata. Bekas mufti yang kata. Aku cuma nak huraikan buat jelas lagi. Supaya orang-orang yang tak faham dalam UMNO dapat faham. Faham mukhalafah dalam sesuatu perkataan.

Tiba-tiba aku terasa nak "Thumb up" kepada bekas mufti Perlis kerana tolong beritahu ketidaktulinan Islam dalam UMNO. Harap-harap lepas ini akan berduyun-duyunlah orang meninggalkan yang tidak tulin dan mencari yang tulin. Nak harap UMNO akan kembali kepada Islam yang tulin,itu macam mimpilah. Aku rasa Dr. Asri pun tahu hal itu. Sengaja dia nak seru juga walaupun dia tahu seruan itu hampir mustahil ditunaikan.

Mungkin dia nak beritahu yang tersirat itulah. Atau, mungkin dia tak sengaja dan tak bermaksud sebagaimana yang aku maksudkan!

Cuma aku suka nak sebutkan, ada kawan-kawanku hidup tak tentu hala, malas solat, malas dengar kuliah agama dan jauh dengan ulama, telah berubah kepada hidup berperjuangan,  rajin solat,suka menghadiri kuliah agama dan sayangkan ulama setelah terlibat dengan kerja-kerja parti pilihannnya.

Alhamdulillah!

0 comments:

Post a Comment