Inilah yang dikatakan hidayah yang tak terduga.Apalah harganya kontrak pembinaan landasan keretapi yang berjumlah 1.2 bilion bagi pembinaan landasan keretapi Makkah-Madinah jika hendak dibandingkan dengan hidayah yang dapat dilebarkan!
Para pendakwah di Malayysia patut rasa malu kepada para pendakwah di Arab Saudi atas keberhasilan mereka dan usaha gigih mereka melebarkan dakwah Islam. Mereka mungkin wahabiyyun yang dicela oleh sesetangah tokoh agama di negara kita yang tak dapat mengislamkan seorang pun cina-cina yang seharian bergaul dan tinggal bersama dalam sebuah negara sebagai warga negara.
Kita masih mengejar bebayang aliran sunnah wal jama'ah sedangkan mereka telah melakukan satu kepastian buat agama ini!
Beberapa waktu dahulu, ramai kalangan yang menyuarakan bantahan apabila kerajaan Arab Saudi memberikan kontrak pembinaan landasan keretapi dari Makkah ke Madinah kepada syarikat luar dan bukan dari kalangan syarikat orang Islam. Syarikat yang dimaksudkan ialah Chinese Railway Company. Projek pembinaan landasan keretapi itu dijangka siap pada tahun 2012.
Di sebalik kritikan tersebut, keputusan kerajaan Arab Saudi memberikan kontrak itu kepada syarikat bukan Islam mempunyai hikmah yang tersendiri. Republika Online hari ini memetik laporan dari Gulfnews bahawa dalam masa 24 jam, 600 orang warga Cina yang bekerja membangunkan projek berkenaan mengucapkan shahadat dalam sebuah majlis yang diadakan di Makkah.
Dr Abdul Azis Al Khudhairi, Setiausaha gabenor Kota Makkah menyatakan bahawa 600 orang yang masuk Islam tersebut membuat keputusan itu setelah membaca buku-buku yang berkaitan Islam dalam bahasa Cina yang disediakan. Terdapat sejumlah 5000 warga Cina yang bekerja membangunkan projek landasan keretapi tersebut buat masa ini. Mereka semua adalah sasaran dakwah untuk fasa-fasa seterusnya.
Sumber berita: Republika Online
0 comments:
Post a Comment