Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Kitalah juara itu...

October 5, 2009

"Anda semua adalah juara...",ujarku kepada murid-murid tahun 6 hari ini.

Aku menyampaikan pengajaran tambahan untuk mereka mengenai melangkah ke alam dewasa.  Murid-murid yang melangkah ke alam dewasa perlu mengenali ciri-ciri mereka mencapai umur baligh dan apa yang harus mereka lakukan apabila sudah berada pada umur baligh. Ramai juga generasi muda yang ditanya tentang baligh, tidak tahu apa itu baligh. Pernah sekali aku melontarkan persoalan tentang mandi wajib kepada seorang anak muda, dia terpinga-pinga tentang maksud mandi wajib.

"Aku mandi selalu ustaz...", jawabnya selamba.
"Mandi wajib...", aku mengkhususkan.

Kata anak muda itu, dia tak tahu mandi wajib. Aku tidak menyalahkan para ustaz yang mengajar di sekolah bagi setengah kes seumpama itu. Anak muda dalam ceritaku itu berhenti sekolah sejak tahun 3 lagi. Masa itu umurnya belum baligh dan dia masih belum belajar semua tentang itu. Balik ke rumah, ibu ayah pula tidak mempedulikan, tinggal pula dalam masyarakat pulau, bagaimanaah hendak mendapat ilmu yaang semudah  tentang mandi wajib?

Sebab itu, murid-murid yang berada di ambang usia baligh perlu diberikan satu kursus intensif mengenai persediaan memasuki usia baligh!

"Di antara jutaan sperma yang berenang menuju dan menakluki telur dalam rahim ibu, anda semualah pemenangnya...anda adalah penakluk, anda memenangi perlumbaan yang mementingkan diri sendiri itu!", lanjutku menghuraikan maksud kejuaraan yang aku utarakan.

Perihal jutaan sperma yang berenang menuju telur dalam rahim ibu ini telah banyak dibuat kajian. Para ahli motivasi kerap pula mengadaptasikan cerita ini buat membakar semangat jatidiri agar setiap orang merasa hebatnya diri.

Jangan lemah semangat. Teguh dan kuatkan semangat sebagaimana yang telah kita tunjukkan ketika kita dalam penghijrahan  dari alam ruh kepada alam rahim!

0 comments:

Post a Comment