Ketika aku menghubungi ibu, memberitahu tentang rasa sakit dalam dadaku gara-gara berlebihan makan durian, ibuku mengesyorkan aku minum air kelapa muda. Cadangan ibu segera mengingatkan aku peranan air kelapa muda dalam menawarkan pelbagai racun dalam tubuh. Kemampuan air kelapa muda dalam menawar racun sudah menjadi kepercayaan masyarakat melayu, khususnya yang tinggal di kampung-kampung. Hebatnya penangan kelapa muda, makanya pada satu waktu dahulu, seorang menteri pertanian melancarkan kempen minum air kelapa muda.
Sejak pagi sehingga tengahari, aku cukup sesak dada. Nafas tak dapat ditarikh sepenuhnya. Rasa sakit mencucuk dalam ngilu dalam perut. Aku minta izin daripada PK Kanan sekolahklu untuk istirehat daripada mengajar.
Aku singgah di gerai buah-buahan di pinggir Pasaraya Cheong Leong yang terletak di pinggir kejirananan Taman Fajar. Harga kelapa muda sekarang ini adalah RM2.00. Aku beli sebiji dan membawa pulang. Minum airnya dan tidur.
Sungguh berkesan. Satu jam kemudian aku sedar dan tiada lagi rasa sakit dan sesak nafas sebelumnya.
Siapa yang mengalami pengalaman sepertiku, bolehlah ambil iktibar ini. Minumlah air kelapa muda. Mungkin penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan keracunan, toksid, sesak nafas juga boleh menemui penyelesaian yang sama. Penyakit lelah yang menjadi masalah kepada ramai orang juga boleh diubati dengan air kelapa muda.
Isteriku dulu seorang pengidap lelah yang kronik. Seorang pengamal perubatan alternatif telah mengubatnya. Aku menyaksikan bagaimana cara mengubatnya.
Ambil sebiji kelapa muda dan sebiji kelapa tua yang telah tumbuh tunas pokok kelapa sekitar sejengkal. Kupas kulit kelapa tua itu dan jangan rosakkan mana-mana bahagian akar tunas pokok kepala yang baru tumbuh itu. Dapatkan tunas pokok kelapa itu keseluruhannya setelah diceraikan dari tembung di bahagian dalamnya. Tuhas itu dipotong buang pucuknya. Tumbuk tunas itu dan boleh juga diblander sahaja. Campur dengan air kelapa muda. Sebelum minum jampilah sikit. Bacalah ayat-ayat syifa. Mudah-mudahan sembuh. Isteriku telah sembuh dengan cara itu.
Allah yang berkuasa tetapi bagi setiap sesuatu ada sebab.Allah mempertegaskan hal ini melalui kisah Zulqarnain yang diberikan kerajaan yang luas. Pencapaian Zulqarnain itu bukanlah secara kebetulan atau datang melayang bersimpuh di depannya. Tetapi ia dicapai setelah menempuh pelbagai sebab yang membawanya kepada kekuasaan tersebut.

وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا
Sesungguhnya kami Telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan kami Telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.
(Surah Al-Kahfi: Ayat 84)
Petang ini aku benar-benar rasa lega. Dengan sebab minum air kelapa muda, aku tidak sakit dada lagi.
1 comments:
Salam,ustaz..mmg benar air kelapa itu banyak manafaatnye..hatta pokok kelapa itu juge banyak kegunaanye..sesungguhnya setiap kejadian Allah ade kelebihannya,kita sebagai hambanya perlu mencari kelebihan itu..
Post a Comment