Seorang rakan menimbulkan persoalan, kenapa apabila tiba hariraya Eidul Fitri, ucapan selamat hari raya eidul fitri dikaitkan dengan ucapan maaf zahir batin? Ketika hari raya Eidul Adha, tiada pula ucapan maaf zahir batin dikaitkan?
Aku menjelaskan persepsiku dalam persoalan yang ditimbulkan. Ucapan maaf batin yang dikaitkan dengan hari raya eidul fitri itu hanya ada dalam masyarakat Melayu secara khusus dan mungkin secara amnya kedapatan juga dalam masyarakat Nusantara. Sementara dalam kebanyakan masyarakat lain seumpama masyarakat Arab, ucapan sebegitu sempena eidul fitri tidak ada. Justeru, memohon maaf pada hari raya Eidul Fitri bukan datang dari panduan syariat.
Memohon maaf atas kesalahan sebenarnya tidak dikaitkan dengan masa.Bila sahaja seseorang itu melakukan kesalahan,dia hendaklah segera meminta maaf dan tidak menunggu datangnya hari raya baru hendak meminta maaf.
Apa yang berlaku, masyarakat Melayu amat suka mengaitkan sesuatu amalan dengan masa. Sebab itu majlis tahlil dikaitkan dengan hari ke tujuh, ke duapuluh, ke empat puluh dan ke seratus. Ziarah kubur pula dikaitkan dengan hari raya. Sebab itu pada hari raya, ramai orang melayu berduyun-duyun menziarai perkuburan. Kecenderungan masyarakat melayu untuk mengaitkan sesuatu amalan dengan hari tertentu ini juga menyebabkan mereka hanya mengunjungi masjid-masjid untuk solat berjema'ah dan bertaraweh pada bulan Ramadhan sahaja tetapi pada bulan yang lain mereka hilang dan tidak lagi mengunjungi masjid-masjid.
Justeru, persoalan kenapa ada beza antara hari raya puasa dengan hari raya korban dalam soal maaf zahir batin ini, jawapannya terpulang kepada kesahihan amalan tersebut berdasarkan syariat. Apabila saya katakan bahawa syariat tidak menysun amalan sebegitu, maka tidak menjadi kesalahan maupun kekurangan kalau hari raya puasa tidak disertai dengan ucapan tersebut. Tidak menjadi kesalahan juga untukmengucapkan ucapan tersebut pada hari raya puasa. Malah jika diucapkan pada hari raya korban dengan ucapan tersebut, ia juga bukan satu kesalahan.
Tetapi, amalan mengucapkan maaf zahir batin itu telah menjadi ucapan adat. Adat boleh berubah-ubah mengikut zaman, keadaan , masyarakat dan tempat.

0 comments:
Post a Comment