Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Mencintai atau dicintai?

March 15, 2009

Kata seorang lelaki yang sedang dalam mabuk cinta kepada seorang perempuan...
"Aku mencintai dia...".

Kata seorang ahli sufi yang sedang mabuk dalam fana fil fana dengan al-khaliq....
"Aku mencinta Dia...".
Kata seorang Rahib yang sedang mengisi hari-harinya di biara....
"Aku mencintai Dia....".
Kata seorang Rabbi yang sedang beribadat di Sawami'....
"Aku mencintai Dia...".
Kata seorang Sami yang bertapa di kuil....
"Aku mencintai Dia....".
Kata seorang Guru Nanak yang sedang membacakan kitab sucinya di Gurdwara.....
"Aku mencintai Dia....
Ramai mengatakan "aku mencintai Dia" lebih ramai daripada mereka yang mengatakan "aku mencintai dia". Ramai yang mengatakan aku mencintai pencipta maya ini, lebih ramai daripada yang mengatakan aku mencintai wanita kesuma jiwa.
Namun, betapa ramai berkata demikian, itu tidak penting. Ada yang lebih utama daripada itu. Adalah lebih utama menentukan apakah yang dicintai itu juga mencintai yang berkata "aku mencintai...".
Dengan kata lain, apakah setiap yang mencintai itu dicintai pula oleh yang dicintanya. Apakah lelaki yang mencintai seorang perempuan, turut sama dicintai perempuan itu. Apakah hamba yang mencintai khaliknya turut sama dicintai khaliknya. Inilah perkara penting yang perlu ditantukan. Inilah yang perlu dicari dan dikejar.
Jangan hanya kita yang mencintai....sedang kita tidak dicintai.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبّونَ اللّهَ فَاتّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رّحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali Imran: Ayat 31)

Al-Hafiz Ibnu Kathir Rahimahullah dalam tafsirnya mengulas ayat di atas dengan menyebutkan kata-kata sesetengah ulama dan hukama:" Bukanlah mencintai itu yang penting tetapi yang penting ialah bahawa kamu dicintai".
Orang-orang nasrani dari Najran telah datang kepada Rasulullah SAW. Mereka berkata bahawa mereka mencintai Allah. Lalu turun ayat di atas menegaskan bahawa jika benar kamu mencintai Allah, hendaklah mengikut nabi Muhammad. Jika kamu mengikut nabi Muhamad barulah Allah akan mencintai kamu.
Kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah, perlu tanya diri sejauh mana dia mengikut nabi Muhammad. Jika hanya mulut mendakwa cintakan Allah, tetapi iktiqad dan amalan tidak sebagaimana yang diajar oleh nabi Muhammad, maka dia hanya berdusta. Dia bukan mencintai Allah dengan sebenarnya. Allah pula sama sekali tidak mencintai dia.

Ada sesetengah orang Islam yang mengaku golongan sufi, mendakwa bahawa mereka mencintai Allah. Mereka berbicara menggunakan bahasa-bahasa yang melambangkan cinta mereka kepada Allah seperti "takhalli", "tajalli" dan "tahalli". Mereka mendakwa mencapai maqam-maqam yang tidak tergapai oleh orang awam biasa yang dikatakan "fana", "Wihdatul wujud" dan sebagainya.
Sesungguhnya ilmu yang mereka sebarkan kekadang gharib dan tidak ditemui dalam nas-nas qat'i syarak. Daripada keganjilan ilmu tersebut, terbit pula amal yang ganjil dan tidak bersandarkan petunjuk baginda Rasulullah SAW. Ada yang mengamalkan zikir yang tidak diajar oleh Rasul dan mendakwa ia lebih utama daripada apa yang Rasul ajarkan. Ada yang memperkenalkan kaedah ibadat yang sulit dan bersimpang siur. Prinsip taisir dalam agama menjadi ta'sir. (Tidak dinafikan bahawa terdapat golongan sufi yang ikhlas dan berpegang teguh dengan sunnah serta petunjuk Rasulullah)
Malah ada yang terang-terangan memperlihatkan kesesatan mereka dalam beragama. Tapi, dalam masa yang sama mendakwa mencintai Allah.
Sebab itu, dakwaan mencintai Allah bukan hebat. Ia tidak penting.
Apa yang penting ialah sejauh mana petunjuk baginda diikuti. Kerana itulah penentu cinta Allah kepada kita.

0 comments:

Post a Comment