Generasi terbaik ummat ini adalah dalam tempoh 300 tahun pertama sejak Islam dibawa oleh baginda Rasulullah saw. Mereka itu kita panggil sebagai salaf. Berakhirnya zaman tersebut, bukan bermakna hilanglah salaf. Manhaj generasi terbaik tersebut dalam beragama terus hidup subur dalam bentuk pemikiran dan praktikal yang selari dengan mereka sepanjang zaman. Maka lahirlah istilah salafi, iaitu mereka yang menyandarkan diri kepada golongan salaf,
Seharusnya semua orang Islam jelas dalam hal ini. Bahawa kita hendaklah berusaha mengikut jejak langkah generasi 300 tahun pertama itu dalam agama sedaya mungkin. Kita hendaklah menyisih diri daripada kekarutan yang lahir pada zaman-zaman sesudah mereka akibat silih ganti masa yang telah terjadi.
Apa yang dinamakan manhaj salaf tersebut adalah dirumuskan dalam prinsip-prinsip berikut:-
1. Berpegang pada nash-nash yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
3. Memahami kes-kes furu' (kecil) dan juz'i (bukan prinsip), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaharuan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
7. Dalam hal bimbingan dan dakwah, lebih memberikan tabsyir, bukan menakut-nakuti.
8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan ritualnya
10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreatif dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.
0 comments:
Post a Comment