Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Bila lagi pertolongan Allah?

March 14, 2009

Penderitaan umat Islam serata dunia sudah begitu parah. Di setiap negara di dunia, harga diri dan kehormatan Islam diinjak oleh musuh-musuh Islam, sama ada musuh yang terang-terangan maupun yang berselimut. Di Afghanistan dan Iraq, maruah umat diinjak soldadu Amerika Syarikat. Di Turki, tunggul gerigis sekularisma mencalar kebangkitan umat. Di selatan Filipina dan selatan Thailand, bumi muslimin masih terjajah. Di mana sahaja, umat Islam berdepan dengan krisis yang menuntut perjuangan. Perjuangan menuntut kemenangan.
Kemenangan diimpikan...lalu keluar keluhan..."Bila lagi pertolongan Allah"
مَتَى نَصْرُ اللَّهِ
مَتَى نَصْرُ اللَّهِ
مَتَى نَصْرُ اللَّهِ
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Khabab bin Al-Art menyebutkan:
قلنا : يا رسول الله ، ألا تستنصر لنا ، ألا تدعو اله لنا ، فقال : إن من كان قبلكم كان أحدهم يوضع المنشار على مفرق رأسه فيخلص إلى قدميه لا يصرفه ذلك عن دينه ، ويمشط بأمشاط الحديد ما بين لحمه وعظمه لا يصرفه ذلك عن دينه ، ثم قال : والله ليتم الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت لا يخاف إلا الله والذب على غنمه ن ولكنكم قوم تستعجلون
"Kami berkata: Ya Rasulullah...mengapa tidak tuan minta tolong kepada Allah untuk kemenangan kita...mengapa tidak tuan minta doa kepadanya untuk kita?Maka Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya terdapat umat sebelum kamu, di kalangan mereka ada seorang yang diletakkan gergaji di ubun-ubunnya lalu digergaji sehingga terbelah sampai ke kakinya, yang demikian itu tidak memalingkannya daripada agamanya. Ada yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya, yang demikian itu tidak memalingkannya daripada agamanya. Kemudian baginda bersabda: " Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (memenangkan Islam) sehingga seorang yang menunggang tunggangan berjalan dari Sa'a ke Hadramaut tidak akan takut  melainkan  kepada Allah dan serigala yang memakan kambingnya, tetapi kamu ini kaum yang gopoh."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Firman Allah SWT:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
(Surah Al-Baqarah: 214)
Dalam mentafsirkan ayat di atas, Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin menyenaraikan beberapa perkara penting iaitu:


  1. Tidak harus minta tolong melainkan kepada yang berkuasa menolong. Hanya Allah yang berkuasa menolong.

  2. Orang yang beriman dengan Rasul hendaklah mengikut manhaj Rasul, mengucapkan apa yang Rasul ucapkan.

  3. Kuasa Allah amat sempurna.

  4. Allah mempunyai hikmah menangguhkan pertolongan. Namun Allah berjanji bahawa pertolonganNya adalah dekat.

  5. Bersabar atas bala bencana adalah antara sebab membolehkan kita masuk ke syurga.

  6. Allah memberikan khabar gembira kepada orang yang beriman bahawa Allah akan menolong mereka supaya mereka kuat semangat juang mendapat kemenangan yang dijanjikan.
Pertolongan Allah adalah dekat. Itulah Janji Allah. Janji ini bukan kepada semua orang yang mendakwa sebagai orang Islam maupun orang beriman. Tetapi janji ini adalah bagi orang membuktikan Islamnya dengan amalannya dan memasakkan iman kukuh dalam hatinya.


Allah berfirman:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ . وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.Dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.
Surah An-Nur: Ayat 55-56

Al-Hafiz Ibnu Kathir menyebutkan dalam tafsirnya bahawa janji Allah sebagaimana dalam ayat di atas telah terlaksana. Rasulullah telah mencapai kemenangan demi kemenangan. Baginda memenangi perang Khaibar, Pembukaan Kota Makkah, menguasai semenanjung Arab, melebarkan Islam ke raja-raja sekitarnya dan seterusnya janji kemenangan itu dinikmati oleh khalifah-khalifah sesudah baginda.

Dalam mengulas sebab-sebab kemenangan Islam, Syeikh Said bin Ali bin Wahaf Al-Qahtani menyenaraikan beberapa perkara:

  • Perlu ada iman dan amal soleh.

  • Perlu berjuang dengan tujuan menolong agama Allah.
Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ . وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَّهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.Dan orang-orang yang kafir, Maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka."
Surah Muhammad: Ayat 7-8

  • Bertawakkal kepada Allah dalam perjuangan disamping menjalani disiplin perjuangan.
Firman Allah SWT:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
"Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
Surah Ali Imran : Ayat 156
Tawakkal dalam perjuangan bersandarkan kepada dua perkara penting iaitu:
a) Bersandar kepada Allah dan meyakini janji dan pertolongannya.
b) Mengambi kira sebab-sebab kemenangan yang diperakui oleh syarak seperti mempersiapkan kekuatan ketenteraan sebagaimana firman Allah:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)."
Surah Al-Anfal: Ayat 60

  • Mengamalkan prinsip syura dalam perjuangan. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan prinsip ini dalam perjuangan baginda biarpun  baginda adalah orang terbaik dan terbijak di antara sahabat-sahabatnya.

  • Tetap pendirian ketika berhadapan dengan musuh, tidak menyerah atau lari meninggalkan medan perjuangan.
Sabda Rasulullah SAW:
 يا أيها الناس ، لا تمنوا لقاء العدو واسألوا الله العافية ، فإذا لقيتموهم فاصبروا ، واعلموا أن الجنة تحت ظلال السيوف
" Wahai manusia! janganlah kamu bercita-cita untuk berdepan dengan musuh. Mintalah kepada Allah selamat daripadanya. Namun, bila kamu bertemu mereka, hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayang kilaun pedang".

  • Berani, bersemangat juang dan sanggup berkorban. Meyakini bahawa mati di medan perjuangan adalah sebaik-baik kematian. Mati itu akan menjenguk biarpun di mana kita berada.


  • Menjadikan doa sebagai senjata dan memperbanyakkan zikir.


  • Sentiasa taatkan Allah dan Rasulnya dalam semua keadaan.


  • Mencari jalan sepakat dalam perjuangan dan menjauhkan perselisihan.


  • Sabar dan berpesan dengan kesabaran kepada rakan seperjuangan.


  • Ikhlas dalam dalam perjuangan, semata-mata kerana Allah SWT.


  • Hendaklah lebih suka kepada apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di sisi manusia.


  • Meletakkan pimpinan kepada orang yang beriman.


  • Memelihara diri dengan sendi-sendi yang menyelamatkan daripada kebinasaan, kekalahan dan azab iaitu:
a) Sering bertaubat dan beristighfar
b) Sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.
c) Menjaga segala kewajipan dan kefardhuan agama.
d) Mengamalkan amal ma'ruf dan nahi munkar.
d) Mencontohi nabi dalam semua perkara sama ada iktikad, perkataan ataupun perbuatan .
e) Sentiasa mengamalkan doa dan merendah diri dalam berdoa.


Rujukan: Islamqa

0 comments:

Post a Comment