Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Nabi Muhammad Bersifat Tabligh

March 10, 2009

Sesungguhnya Rasululah itu hanya menyampaikan perintah Allah kepada manusia. Yang memberi hidayah adalah Allah SWT. Hidayah adalah milik Allah SWT dan tiada sesiapa yang dapat memberikannya. Kendati nabi Muhammad sendiri, baginda tidak dapat memeberikan hidayah kepada bapa saudaranya Abu Talib, miski kasih sayangnya kepada Abu talib amat besar.
Allah memberi hidayah kepada Wahsyi, hamba Habsyi kepunyaan Hindun yang telah bertanggungjaab membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, bapa saudara nabi Muhammad. Walau betapa  pahit dan tak sanggupnya Nabi melihat wajah si pembunuh bapa saudaranya itu.
Itulah hidayah Allah. Tugas nabi hanya menyampaikan. Sama ada orang yang disampaikan itu beriman atau tidak, itu adalah kerja Allah SWT.
Dalam Dauratul Quran semalam satu ayat telah menarik perhatianku untuk diulas.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran, Ayat 20

فإن أسلموا فقد اهتدوا وإن تولوا فإنما عليك البلاغ والله بصير بالعباد
"Jika mereka masuk islam, Sesungguhnya mereka Telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, Maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). dan Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya".
Dalam ayat di atas ada dua pengajaran penting iaitu:

  • Nabi Muhammad hanya penyampai wahyu Allah kepada manusia dan tidak lebih daripada itu..

  • Nabi Muhammad telah menyampaikan segalanya dan tidak ada lagi yang tidak disampaikan.
Bagi pihak yang mendakwa bahawa terdapat ilmu isi dan ilmu kulit, perlu diberitahu pengajaran kedua itu sejelas-jelasnya. Bahawa nabi Muhamamd telah menyampaikan segalanya dan tidak ada lagi yang tersembunyi selain apa yang ada dalam al-Quran dan Hadis.Nabi Muhammad tidak bersikap double standard dalam tugasnya menyampaikan risalah. Baginda tidak sekali-kali menyembunyikan ilmu untuk golongan tertentu. Lebih-lebih lagi mereka yang mendakwa mendapat ilmu daripada nabi langsung melalui mimpi dan sebagainya.
Ini bertentangan dengan prinsip bahawa nabi telah menyampaikan segalanya.

0 comments:

Post a Comment