Ketika mendengar berita terbunuhnya seorang anggota Yayasan Amal Malaysia yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza lantaran diserang oleh soldadu zionis, aku mengatakan dalam hati kecilku:
"Subhanallah...dia mendapat syahid...Allah telah memilihnya...",
Syahidlah sebaik-baik kematian. Marilah kita azamkan sebuah kesyahidan biarpun jalan kepadanya sukar. Namun, jika Allah mahu, Allah galurkan satu jalan buat kita sebagaimana telah Dia galurkan buat anggota Yayasan Amal Malaysia itu. Dia datang daripada sebuah negeri yang beribu batu jauhnya daripada Gaza, lalu gugur dibunuh soldadu Yahudi itu.
(Pembetulan: Berita yang saya dengar mengenai terbunuhnya seorang anggota Yayasan Amal Malaysia rupanya tidak benar. Saya cuma dimaklumkan oleh seseorang dan mempercayainya. Pengumuman Menteri Luar melalui berita jam 8 malam ini memakllumkan bahawa semua warganegara Malaysia yang menyertai misi itu kini dalam tahanan Israil dan tiada kemalangan yang berlaku).

Berkata Imam As-Syatibi dalam Al-Muwafaqat:
وطوبى لمن مات وماتت معه ذنوبه ،والويل الطويـــــــــــل لمن يموت وتبقى ذنوبه مائة سنة ومائتي سنة يعذب بها في قبره ويسال عنهاالى انقراضها
0 comments:
Post a Comment