Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Wahabi dan radikalisme agama

June 24, 2010

Sekarang timbul isu Wahabi  dilebelkan sebagai salah satu  kumpulan yang berada dalam lengkaran keganasan (Terorisme). Isu ini timbul sesudah negara dihebohkan dengan isu JI yang sehingga kini selalu dilebelkan sebagai kumpulan pengganas dan dikambinghitamkan dalam kebanyakan peristiwa yang melibatkan keganasan serantau. Seorang yang pegawai kanan Jakim, bernama Zamihan Al-Ghari meletakkan Wahabi sebagai aliran yang berpotensi menimbulkan radikalisme beragama. Seterusnya beliau menyebutkan nama-nama tokoh yang dikaitkan dengan aliran Wahabi seperti Dr. Asri Zainal Abidin, Dr, Juanda Jaya, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Secara tidak langsung, perkaitan yang ditimbulkan oleh Zamihan Al-ghari itu menjadikan tokoh-tokoh tersebut terpalit dengan terorisme, lebih-lebih lagi isu terorisme hangat diperdebatkan lewat terakhir ini berikutan pendedahan pihak berkuasa berhubung kaderisasi oleh JI ke atas sejumlah pelajar universiti tempatan.

Aku tidak pernah mengenali Zamihan Al-Ghari ini. Namun, banyak yang aku dengar mengenainya adalah berhubung dengan tentangan kerasnya terhadap aliran Wahabi. Aliran Wahabi dicap sebagai bahaya malah dikatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Wahabi dilihat sebagai mengancam kestabilan nusantara sepertimana aliran Syiah.

Sebenarnya, pertentangan ini adalah pertentangan yang diwarisi sejak zaman pergeseran  pemikiran kaum tua dan muda muda sebelum kemerdekaan lagi. Ia mengalami zaman pasang surutnya. Dewasa ini, setelah lahir ramai lulusan agama daripada Universiti Timur Tengah khususnya dari negara Arab Saudi dan Jordan, dan juga Universiti Tempatan, pergeseran kembali sengit kerana lulusan agama ini kembali membawa idea pembaharuan. Kali ini, golongan pembaharuan mendapat lebih tenaga dan sokongan terutamanya generasi muda. Golongan inilah yang dilebelkan sebagai Wahabi.

Wahabi sesat. Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wahabi mujassimah. Demikianlah antara sederetan pelebelan yang jika dinilai, kesimpulannya Wahabi bukanlah firqah najiah (golongan selamat) di akhirat. Masuk nerakalah semua wahabi. Begitulah, jika mahu dirumuskan daripada segala pelebelan tersebut.

Aku hairan, bagaimana golongan yang mensesatkan wahabi itu melaksanakan  ibadah haji di Makkah. Sudah tentu solat lima waktu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi  berimamkan  imam Wahabi. Mungkin mereka tidak pergi solat di masjid. Mereka solat di hotel berjemaah. Tapi bagaimana dengan solat Jumuat? Apakah mereka tak pergi solat jumuat? Mungkin mereka solat jumuat bersama imam Wahabi kemudian ulang semula dengan solat zohor sendirian! Mungkin juga mereka solat lima waktu dan solat jumuat di belakang imam Wahabi tetapi dalam keadaan tidak suka dan terpaksa. Darurat. Apakah sah solat sebegitu? 

Bagaimanakah mungkin mendapat haji mabrur kalau fikiran kacau bilau di tanah haram?

Ketika aku mengerjakan ibadah haji pada tahun 2008, aku bertemu seorang lelaki dari Indonesia. Dia memberitahuku bahawa dia punya kecenderungan kepada tariqat kesufian. Dia menyalahkan wahabi yang membangunkan dataran safa dan marwah  menjadi 3 tingkat. Dia mengatakan bahawa solat di Masjidil Haram mendapat gandaan pahala 1000 solat di masjid yang  lain khusus bagi  Masjidil Haram mengikut plan asal di zaman nabi. Wahabi telah memperluaskannya dan menganiaya ummat Islam. 

Mujur Wahabi yang memerintah haramain. Kalaulah yang memerintah haramain itu orang Turki, Mesir atau Iran, entah berapa banyak amalan tabarruk, tamassukh dan khurafat bermaharajalela sewaktu musim haji. Aku menyaksikan bagaimana keras dan tegasnya pengawal keselamatan sekitar Ka'abah mencegah para hujjaj yang jahil dari belahan dunia tertentu bergayut sambil  menggosok kopiah, tisu, tuala dan sapu tangan ke Kaabah kerana mengambil berkat. Di perkuburan Ma'la, kubur Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid di pagar dan dikunci kerana penziarah selalu mencari-cari jalan menurut hawa nafsu mentaqdiskan kubur tokoh Islam. Ada pengawal-pengawal yang diupah oleh kerajaan Wahabi menjaga perkuburan daripada perbuatan yang dilarang syarak.

Mereka yang mengerjakan haji dan menziarahi tempat bersejarah di musim haji dengan segala macam kepelikan itu mengaku sebagai ahli Sunnah Wal Jama'ah!

Ramai orang mengaku Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Sebilangan Tariqat yang jelas sesat pun jika ditanya, mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Parti Kebangsaan yang berjuang untuk bangsa, mendaulatkan peraturan kaum kuffar dan menafikan kedudukan hukum Allah pun akan mengaku Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Aku pernah dengar Saddam Hussein yang mengetuai Parti Ba'ath di Irak mendakwa dan didakwa dari kelompok Sunni. Jangan-jangan jika ditanya seorang pejuang dalam Parti Komunis, juga akan mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mengakulah seribu kali, malah sejuta kali sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah, kalau berenang dalam kolam bid'ah, selesa dengan kebid'ahan itu, bukan Ahli Sunnah Wal Jama'ah namanya. Ahli Sunnah adalah penegak sunnah. Ahli Jama'ah adalah pengikut salafus soleh kerana merekalah tunggak Jama'atul Muslimin. Justeru, Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah mereka yang menuruti jalan berasaskan sunnah, menjauhi bid'ah, dan menjadikan salafus soleh sebagai rujukan dalam beragama.

Mengibarkan kain rentang tertulis "Allahu Laisa Lahu Makan" bukan syiar Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Mengkafirkan Ibn Taimiyyah tidak menjadikan kita Ahli Sunnah Wal Jamah. Mencela Muhammad bin Abdul Wahab, bukan petanda seseorang itu Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Memperjuangkan sifat 20 dan menentang pembahagian tauhid kepada 3 bukan jalan meletakkan anda sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Jika Wahabi membetuli sunnah dan salafus soleh, mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Siapapun dan aliran apapun, jika berpijak di atas landasan sunnah, menjadikan salafus soleh sebagai rujukan, merekalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Ikhwan, Hamas, Hizbut Tahrir, Tabligh dan semuanya adalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah jika berpegang kepada sunnah dan menjauhi bid'ah. Jika menjadikan jama'ah sahabat dan salafus soleh sebagai tauladan dalam beragama.

2 comments:

Anonymous said...

Yang dimaksud salafus shaleh adalah muawiyah dan para pendukungnya mungkin salah tapi yang dimaksud dengan salafus shalih adalah sahabat utama seperti Abu Bakar, Umar, usman dan Ali itu baru benar .. ikutilah Nabi dan sahabat dan hormatilah Hasan dn Husain seperti kita menyayangi Nabi Muhammad .. :-)

PERENUNG LANGIT said...

salafus soleh adalah semua mereka yang hidup pada zaman generasi 300 tahun pertama islam. Semua sahabat adalah salafus soleh, termasuk mu'awiyah.

Post a Comment