"Ekonomi Malaysia Terlalu Kukuh Untuk Gagal", demikian kata-kata Datuk Dr Norraesah Mohamad, seorang pakar ekonomi dari Sorbonne University dan juga merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Tidak tahulah sama ada kata-kata itu benar-benar terbit daripada keyakinannya atau kata-kata yang bertujuan menenangkan hati sendiri atau bertujuan menghapus kebimbangan masyarakat.
Kemakmuran ekonomi bukan untuk dibanggakan. Kemakmuran tanpa ketakwaan dan sifat bersyukur adalah sebuah istidraj. Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada sesebuah negara, ditimpakan kemelsetan buat negara tersebut. Jika penguasanya dan elitnya masih lalai dan leka, Allah akan gantikan kemelesetan dengan kemakmuran sehingga mereka menyangka bahawa pencapaian tersebut adalah kerana kehebatan dan kepandaian mereka mengurus.
Allah berfirman:
وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
(Surah Al-Isra’: Ayat 16)
Istidraj akhirnya bertukar menjadi ihanah. Firman Allah SWT:
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُواْ بِمَا أُوتُواْ أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang Telah diberikan kepada mereka, kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang Telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
(Surah Al-An’am: Ayat 44)
Mereka yang merasakan amat bijak menguruskan ekonomi tidak nampak perancangan Allah di sebalik istidraj yang diberikan.
والذين كذبوا بآياتنا سنستدرجهم من حيث لا يعلمون وأملي لهم إن كيدي متين
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, nanti kami akan menarik mereka dengan berangaur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.
(Surah Al-A’raf: Ayat 182-183)
20 tahun dahulu, ketika kerajaan negeri Kelantan jatuh ke tangan pembangkang, mereka berkata ekonomi Kelantan hanya boleh bertahan selama 6 bulan. Ekonomi Kelantan bertahan melepasi tempoh yang mereka ramalkan. Lalu mereka andaikan kerajaan pembangkang di Kelantan hanya mampu bertahan setahun sahaja. Tetapi, Allah mentakdirkan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS boleh bertahan melepasi tempoh andaian mereka. Kini, setelah 20 tahun, kerajaan negeri Kelantan terus berdiri dengan kestabilan ekonominya. Kejatuhan yang diramalkan tidak berlaku. Tetapi yang tidak mereka ramalkan pula dikatakan akan berlaku. Negeri Kedah, Penang, Selangor dan Perak hilang daripada genggaman.
Sementara, tahun 2019 negara Malaysia akan bangkrap. Allah menunjukkan kuasaNya dan memberi malu kepada siapa yang dikehendakiNya!
0 comments:
Post a Comment