Bukan sekali Yahudi-Zionis itu membuat angkara. Bukan juga dua atau tiga. Sudah berpuluh-puluh kali. Malah ratusan. Sudah bersimbah darah rakyat Palestin di Tebing Barat maupun Gaza. Air mata sudah tidak mampu dialirkan. Rintihan sudah lemah sakarat. Namun,setiap kali bangsa nakal tanpa adab itu berbuat angkara, setiap kali itulah datangnya kecaman antarabangsa. Liga Arab bermesyuarat.OIC bermesyuarat. PBB bersidang. Demonstrasi diadakan di kedutaan-keduataan Israil dan US. Memorandum bantahan juga dihantar.
Kemudian, setelah keadaan menjadi reda, jenayah Yahudi-Zionis itu pun seolah-olah dilupakan. Apabila Yahudi-Zionis buat hal lagi, maka berulang kembali apa yang telah berulangkali sebelumnya.
Mesyuarat tergempar, kecaman antarabangsa, demonstrasi di kedutaan-kedutaan, cemuhan ke atas Yahudi-Zionis, bakar bendera, penyataan rasa kesal pemimpin-pemimpin Islam dan bukan Islam dan banyak lagi bahasa-bahasa yang tidak difahami Yahudi-Zionis menjadi ucapan ramai. Bahasa-bahasa itu diulang dan terus diulang.
Sedangkan, Yahudi-Zionis hanya faham satu bahasa. Bahasa yang disebut sebagai 'perang'.
Sayangnya bahasa itu hampir pupus daripada dunia muslimin. Universiti tak mengajar bahasa itu. Bahasa itu cuma dibualkan oleh sekelompok kecil orang yang dilihat masyarakat antarabangsa sebagai tidak bertamadun. Bahasa itu dibualkan oleh Taliban di Afghanistan kepada tentera penjajah dan boneka. Bahasa itu dibualkan oleh gerakan-gerakan Islam terpinggir dan lokal seperti di Mindanau dan Selatan Thailand secara terhad. Beberapa gerakan Islam serata dunia seperti Hamas dan Hizbullah masih mampu berbicara bahasa itu pada masa-masa tertentu biarpun agak gagap.
Biar gagap asal jangan tak tahu langsung untuk berbicara.
Hanya satu bahasa yang dimengerti Yahudi-Zionis. Bahasa lain ia tak mengerti. Bahasa lain itu cukup sekadar untuk memberhentikannya seketika untuk memasang telinga. Kemudian ia akan menggeleng kerana tidak faham dan terus bertindak sesuka hatinya.
Bahasa 'perang'lah sahaja yang Yahudi-Zionis mengerti. Tetapi bahasa itu kini hampir hilang dan kurang penuturnya.
Wahai pensyarah-pensyarah bahasa di seluruh dunia Islam. Ajarkan kami bahasa itu kerana kami merindui bahasa itu.
0 comments:
Post a Comment