Bangsa Melayu di Malaysia dewasa ini dianggarkan sekitar 60 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Paratusan ini meletakkan Melayu sebagai mojoroti dari segi angka namun dari segi kuasa belum cukup terjamin. Komentar Tun Dr. Mahathir bahawa bangsa Melayu akan menjadi minoriti telah mendapat respon pedas daripada seorang ahli akademik iaitu Dr Azmi Shahrom, seorang pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya. Beliau menyifat kenyataan Tun Dr mahathir itu sebagai terdesak, tak bertamadun dan tidak matang dalam berfikir. Tun Dr. Mahathir membalas dalam blognya dengan mengatakan bahawa perpecahan Melayu dalam politik pada hari ini akan menyebabkan Melayu menjadi minoriti kuasa.
Arah tuju komen Tun Dr. Mahathir itu seperti menyalahkan kewujudan parti yang menjadi ikutan orang Melayu hari ini. Kewujudan Pas yang mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu telah menyebabkan kuasa UMNO menipis. Kuasa itu semakin menipis bila tertubuhnya PKR dan disokong pula oleh sebahagian Melayu. Mungkin...menurut Tun Dr. Mahathir, alangkah baiknya kalau Melayu bersatu di bawah sebuah parti sahaja. Tentunya parti itu menurutnya hendaklah UMNO. Barulah gugatan terhadap status mojoriti bagi bangsa Melayu tidak belaku. Mojoriti angka dan ditambah pula mojoriti kuasa.
Namun, itu tak mungkin berlaku. Kalau pun berlaku, tiada jaminan bahawa majoriti melayu dari segi kuasa akan terpelihara. Yang memelihara mojoriti kuasa orang Melayu bukan mojoriti angka. Kalau semua orang melayu bernaung di bawah sebuah parti Melayu, ia bukan jaminan bahawa mojoriti kuasa Melayu akan terpelihara.
Kita telah melihat dalam lembaran sejarah, sewaktu Tanah Melayu ini diperintah oleh para raja-raja Melayu dengan kuasa mojoriti 100 peratus, banyak kepentingan bangsa Melayu dikorbankan. Terkorbannya hak Melayu angkara karenah kuasa melayu yang berada di tangan raja-raja 100 peratus dapat dilihat pada tinggalan peta sejarah Singapura, Puala Pinang dan Selatan Thailand. Semua itu hilang daripada orang Melayu sewaktu melayu menjadi mojoriti dari segi angka maupun kuasa.
Hal yang tidak jauh beza juga berlaku dalam tempoh 50 tahun sesudah negara kita meredeka. Sewaktu Melayu masih selesa menjadi mojoriti dari segi angka maupun kuasa, satu demi satu hak Melayu gugur. Bahaskanlah berapa banyak tanah rizab Melayu dikorbankan? Berapa banyak wang rakyat Melayu tidak dipulangkan faedahnya kepada rakyat bangsa Melayu? Kalaupun dipulangkan ditagih kembali. Keuntungan petronas ke mana? Mengapa sampai kini rakyat masih dihinakan dengan sebuah nama "subsidi " sedangkan itu adalah hak rakyat, khusunya anak Melayu.
Aku dengar, tanah KTMB yang merupakan pusaka Melayu di Singapura pun dikorbankan. Ia terkorbankan bukan kerana melayu menjadi minoriti dari segi angka maupun kuasa. Ia dikorbankan oleh Melayu yang minoroti izzah dan iman!
Berapa banyak hak Melayu hilang selama ini sedangkan pemimpin selesa dalam dodoian mojoriti angka dan kuasa!
Kini, setelah Melayu berpecah kepada kelompok yang dibezakan oleh parti, timbul kerisauan tentang hilang mojoriti Melayu dari sudut Kuasa. Apakah selama ini Melayu mojoriti dari segi kuasa?
Kalau aku...Apa guna Melayu mojoriti kalau Melayu cuma sebuah bangsa yang lemah agama. Melayu tapi tak pernah beramal dengan Islam dalam diri sendiri. Jauh sekali melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
Guna apa Melayu kalau rasuah berkuasa!
Guna apa Melayu kalau Melayu tamak kuasa!
Guna Apa Melayu kalau wang di bank berjuta sedang bangsanya miskin hina!
Guna Apa Melayu kalau hidup tidak berlandas agama!
Wang rakyat diguna sesuka
buat membina bangunan mega
Mencakar langit menggapai angkasa
Tempat si kaya memicing mata
Melayu mojoriti angka dan kuasa
nasib peneroka tak terbela
Banyak tanah dirampas penguasa
Buat memperkaya yang sudah kaya.
Bangsa Melayu bukan bernaung di bawah bayang bangsa. Dulu bangsa ini hina lalu Islam datang membawa mulia. Memperjuangkan bangsa hanya akan membawa kecewa. Hasilnya tak akan ke mana. Kalau para pejuangnya mengharapkan agar Melayu bersatu di bawah sebuah semangat bangsa, sia-sia. Di dunia gagal, di akhirat kecewa.
Melayu itu Islam, kata para pejuangnya untuk menjutifikasikan bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan Islam. Tidak...Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Hakikat ini telah terbukti apabila hari ini kita lihat banyak Melayu yang mengaku bukan Islam (murtad). Ramai juga yang tersasar dan tersesat. Justeru, kalau bangsa diperjuangkan, bangsalah, jangan Islam dikaitkan.
Perjuangan Melayu menghidupkan kembali seni silat dengan segala upacaranya. Kekadang amalan tahyul mahyul dihidupkan semula atas alasan ia pusaka Melayu. Ada cadangan kalangan tertentu yang bercitra Melayu untuk menghidupkan amalan mandi Safar di Pantai Port Dickson kerana ia warisan Melayu.Para pejuang bangsa itu akan menelan banyak adat pusaka dan amalan warisan Melayu sekalipun bertentangan dengan Islam. Hari ini, bila seorang sultan meninggal, upacara penuh istiadat melayu dipamerkan. Sehingga, kekadang adat itu berlebihan dan menyimpang. Majlis-majlis persandingan sempena perkahwinan dengan upacara tepung tawar kembali dihidupkan setelah Islam memadamkan. Perayaan-perayaan paganisme di aktifkan dan dipromosikan dalam media atas alasan menarik pelancong.
Biarlah Melayu minoriti angka maupun kuasa. Asalkan Islam menjadi mojoriti angka dan kuasa. Inilah yang perlu kita perjuangkan di bumi, bukan sahaja di Malaysia, malah seantero dunia.
0 comments:
Post a Comment