Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Toriqah Rasulullah

February 12, 2014

1400 tahun kemudian, orang sibuk membicarakan toriqah Rasulullah. Dalam dakwah, dilakar garis-garis samar. Ini toriqah Rasululullah dan itu bukan toriqah baginda. Ada kalangan ulama yang menamakan diri mereka sebagai salafi mengatakan jalan dakwah seperti Ahmad Deedat, Zakir Naik, Yusuf Estes dan seumpanya bukan di atas toriqah Rasulullah. Menghujat golongan Nasrani dengan berhujahkan bible. Itu tidak dibuat Rasulullah. Dalam keadaan mereka ketandusan cara dan kurang memuslimkan kalangan Nasrani, kejayaan para da'i seumpama Ahmad Deedat itu dikatakan bukan atas toriqah Rasulullah.


Kejumudan yang berirama toriqah Rasulullah ini melebar dalam pelbagai bidang. Dakwah sebar risalah dikatakan bukan toriqah Rasulullah. Dakwah melalui anjuran konsert, menggunakan alatan muzik dan berbagai lagi dilebelkan sebagai bukan Toriqah Rasulullah.

Lalu, dikatakan dakwah bukan atas toriqah Rasulullah tidak akan bejaya.

Ketika semua toriqah itu tidak membuahkan hasil, lantas dikatakan:"itulah sebab...kerana tidak munurut toriqah Rasulullah!".

Bukankah kita hanya berusaha dan mencari pahala dalam dakwah?Jaya atau gagal bukan tugas kita manusia.

Suara-suara mengumandangkan toriqah Rasulullah berdengung hingga ke lapangan politik. Para ulama yang mengguanakan ruang demokrasi disifatkan tidak mengikut toriqah Rasulullah. Seolah-olah yang berkata demikian cukup memahami erti sebuah kalimah yang disebut "toriqah Rasulullah".

1400 tahun lebih setelah wafatnya Rasululah, muncul ke dada alam untuk mendefinisikan toriqah Rasulullah!

Ketempangan sebuah pemahaman. Seumpama ketempangan dalam memahami banyak aspek sunnah Rasululah. Pakaian sunnah disempitkan dalam relung jubah dan lengkaran serban. Makanan sunnah dikaitkan dengan kurma dan bubur labu. Isbal itu haram. Berus gigi bukanlah siwak. Bermacam-macam lagi.

Kerana jauhnya masa, ditambahkan desperado dalam himpitan masalah ummat, mahu cepat gapai kemenangan dan resah gelisah yang menjadi tabiat semulajadi manusia, akal menggapai dan meraba mencari makna sebuah toriqah...

Toriqah Rasulullah bukan sesempit yang kita fahami...

0 comments:

Post a Comment