Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

SUNGAI-SUNGAI DALAM SYURGA

February 18, 2014

(Ekstrak Daurah 508)

مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى ۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa itu, di dalamnya ada sungai-sungai dari air tidak asin, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari arak yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan juga keampunan daripada Tuhan mereka. (Adakah serupa nikmat itu )Seperti mereka yang kekal dalam Jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?"
(Surah Muhammad: Ayat 15)

Dalam syurga ada sungai yang jernih airnya. Airnya tidak asin iaitu tidak berubah warnanya, baunya maupun rasanya. Air sungai dalam dunia ini, walau sebersih mana, lambat bangat akan berubah juga. Baik berubah dengan sebab alami atau sebab perbuatan manusia. Bahkan mana-mana air pun, jika disimpan lama, menjadi asinlah dia hatta air dalam botol sekalipun.

Dalam Syurga ada sungai susu yang tidak berubah rasanya. Susu di dunia, walau selazat mana rasanya, aia akan dipengaruhi oleh persekitaran dan akhirnya bertukar menjadi masam. Di simpan dalam peti ais pun boleh berubah rasanya. Apatah lagi kalau disimpan di luar. Namun, dalam syurga, susunya mengalir dalam sungai dan susu itu tidak berubah rasanya. Kekal rasa susu dan tentunya susu yang lazat melebihi kelazatan susu yang kita kenali dalam dunia ini.

Dalam syurga ada sungai arak. Arak dalam syurga lazat berkali ganda dibandingkan arak dalam dunia. Ia bukan terhasil dari cara pembuatan yang keji dan dengan campuran bahan sebagaimana arak dalam dunia. Prosesan arak dalam dunia bukan tergolong cermat dan bersih. Arak yang mahal dari negara Mexico diperlihatkan dalam sebuah dokumentari, diberbuat dengan cara menginjaknya anggur beramai-ramai dan diperam. Bercampur dengan kekotoran yang tidak terlihat. Arak dalam syurga jauh dari semua itu. Ia bagi mereka yang tidak meneguk arak di dunia.

Dalam syurga ada sungai madu yang disaring. Kalau madu dalam dunia ni, ada bercampur dengan bahan lilin dari sarang lebah. Bercampur juga dengan segala macam ekstrak termasuk air liur lebah. Namun, madu dalam syurga adalah madu yang disaring bukan dari produksi lebah sebagaimana di dunia.

Aduh...semuanya dalam sungai? Betapa ajaibnya nikmat dalam syurga. Betapa mewahnya, hinggakan ia mengalir dalam bentuk sungai-sungai.

Bersabarlah dalam hidup ini demi menggapai nikmat syurga di akhirat!

0 comments:

Post a Comment