Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Berkahwin dengan Yahudi dan Kristian

February 9, 2014

Tidak timbul soal kitab Taurat dan Injil yang ada hari ini telah dipinda untuk mengatakan tiada lagi keharusan perkahwinan dengan wanita Kristian dengan lelaki muslim. Keharusan tersebut telah tsabit menerusi dalil yang jelas dari Al-Quran maupun hadis nabi SAW. Soal perubahan dalam dua kitab tersebut, ia telah pun berlaku di zaman Rasulullah SAW, bahakan sebelum zaman baginda lagi.

Kendatipun begitu, Al-Quran turun mengharuskannya atas nama mereka adalah Ahli Kitab. Para sahabat, pada waktu-waktu perluasan wilayah Islam memakan jajahan kerajaan Romawi, menikahi wanita-wanita ahli Kitab. Justeru, sesuatu yang dihalalkan, maka kenapa mesti ada yang berani mengharamkan?

Tinggal lagi menentukan siapa ahli Kitab.

Ada dua kategori Ahli Kitab iaitu:

a) Keturunan Bani Israil
b) Bukan keturunan Bani Israil

Jika ahli kitab (sama ada Yahudi atau Nasrani) berasal dari keturunan Bani Israil, maka harus dikahwini wanita mereka oleh lelaki muslim.

Jika bukan dari keturunan Bani Israil, maka dilihat beberapa situasi:

a) Jika mereka dari kaum yang menganut Yahudi atau Nasrani sebelum zaman-zaman kitab dipinda, maka mereka dihalalkan untuk dikahwini oleh lelaki muslim.

b) Jika mereka dari kaum yang menganut Yahudi dan Nasrani selepas zaman pindaan kitab dan sebelum kebangkitan nabi Muhammad SAW,serta mereka juga berpegang dengan kitab yang benar dan menjauhi seksyen-seksyen yang dipinda dalam Al-kitab, maka mereka juga dihalalkan untuk dikahwini oleh lelaki muslim.

# Jika mereka menganut fahaman salah dalam Al-Kitab yang dipinda itu, maka hukum mereka seperti hukum Majusi.

c) Jika mereka dari kaum yang menganut Yahudi dan Nasrani selepas zaman pindaan Al-Kitab dan selepas diutuskan nabi Muhammad SAW, maka mereka tidak halal mereka dinikahi oleh lelaki muslim. Mereka tidak layak dipanggil Ahli Kitab.

Dari pengkelasan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa keharusan perkahwinan dengan ahli Kitab hanya untuk lelaki muslim dengan wanita ahli Kitab dari keturunan Bani Israil. Itu tidak menjaid masalah. Masalahnya jika bukan dari keturunan Bani Israil. Umpamanya orang India, Cina, Melayu, Kadazan, Murut, Caucasian, Irish atau lain-lain yang mana mereka menganut Kristian (jarang bukan Bani Israil menganut yahudi) selepas kedatangan Islam, maka mereka tidak termasuk golongan Ahli Kitab yang disebutkan dalam Al-Quran.

Tidak boleh berkahwin dengan mereka kecuali mereka menukar agama dan menjadi muslimah.

0 comments:

Post a Comment