Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Penagihan air daun ketum

January 3, 2010

Sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2009, aku banyak sekali menghadiri kenduri kendara perkahwinan. Bila banyak menghadiri kenduri kendara, banyaklah aku makan nasik berlauk gulai. Biasanya gulai daging samada kerbau atau lembu. Ada juga gulai kambing.

Nampaknya, aku tidak lagi boleh sewenang-wenangnya makan gulai daging sebagaimana beberapa tahun yang lalu. Apatah lagi makan sup kaki pada malam sesudah selesai kenduri kahwin.Baru-baru ini aku mengadu rasa pening kepala selepas pulang dari makan kenduri. Abg iparku mengesyorkan agar aku minum air rebusan daun ketum. Katanya air rebusan daun ketum boleh 'memotong' darah tinggi dan pelbagai penyakit lain. Ada orang mengatakan bahawa minum air daun ketum boleh menghilangkan penyakit selesma, menghentikan batuk-batu dan memberikan tenaga dan kesegaran kepada badan, seperti minuman isotonik.


Pokok daun ketum

Aku tidak mahu minum air daun ketum sebab ia tidak meyakinkan aku. Keberkesanan air tersebut untuk mengubat penyakit-penyakit yang disebutkan tidak melalui R&D daripada pakar-pakar dalam perubatan dan kedoktoran. Abangku menceritakan eksperimen mudahnya terhadap kemungkinan buruk daripada minum air daun ketum. Dia telah merebus beberapa helai daun ketum dan air rebusan tersebut telah disimpan dalam peti sejuk. Selepas seminggu, kelihatan permukaan air diliputi oleh getah. Katanya, kemungkinan jika air rebusan itu masuk ke dalam tubuh, ia bertindak menutup beberapa liang-liang dan pori tubuh. Andaian ini kemungkinan ada benarnya kerana bagi peminum air daun ketum, bekerja di bawah panas tidak menjadi masalah bagi mereka. Namun berkerja dalam cuaca sejuk, adalah menjadi masaalah buat mereka.

Bagi peminum air daun ketum untuk tujuan penagihan, mereka mencampurkan pelbagai ramuan lain. Ada yang mengatakan antara ramuan yang dicampurkan dalam air daun ketum adalah lingkaran ubat nyamuk, tahi lembu dan matadon. Ramai remaja yang telah terkena air daun ketum peringkat ini mengalami gangguan emosi. Seorang sahabat memberitahu bahawa di kampung mentuanya ada beberapa orang remaja yang bertindak luar batasan melawan orang tuanya. Mereka menjadi anak durhaka yang pantang ditegur dan dinasihati. Setelah diselidiki, ternyata mereka adalah kalangan yang menagih air daun ketum.

Antara yang mengambil air daun ketum untuk tujuan perubatan dan yang mengambilnya untuk tujuan penagihan, masing-masing punya implikasinya. Bagi yang mengambilnya untuk tujuan penagihan, mereka mungkin berasa lega sebab cemuhan terhadap perbuatan mereka tidak ,emjadi sengit disebabkan rasional kalangan yang mengambilnya untuk tujuan perubatan.

" Saleh (bukan nama sebenar)  yang dapat pingat  ADK..?.", seorang pakcik sekampung memberi respons ketika aku menyebutkan nama seseorang sewaktu berbual dengannya.

"Apa ADK tu?", soalku ingin tahu.

"Air Daun Ketum (ADK)", jawabnya. Saleh yang kusebutkan namanya itu katanya, merupakan penagih tegar air daun ketum. Setiap hari dia mesti 'pekena' air daun ketum. Kalau tidak, tiada sebarang kerja mampu dibuatnya.


"Peminum air daun ketum akan dianugerahkan wajahnya yang menghitam...", ujar seorang kenalanku.

Ada orang sanggup menebang kebun getah dan digantikan dengan ladang ketum.  Seorang Siam yang mengusahakan bengkel kereta di pekan Kuala Nerang memberitahuku bahawa harga daun ketum pernah mencecah 4 hingga 5 ringgit sekilo.

Kedapatan kalangan anak muda yang tinggal di kampung menghabiskan malam-malam mereka dengan berkumpul di 'dangau' belakang rumah sambil minum air daun ketum. Kalau dahulu anak muda yang buat kerja kenduri kendara kahwin perlu dihulurkan sebatang dua rokok, kini cukup dengan dihulurkan segelas dua air daun ketum.

Khabarnya penduduk Padang yang dimusnahkan dengan sebab gempa bumi itu, mereka telah mencipta satu minuman tempatan yang memabukan. Air daun ketum yang diketagihkan itu samalah dengan arak jenama-jenama terkenal sekalipun. Allah bisa menghancurkan sesebuah negeri dengan sebab penduduknya menagih minuman memabukkan, apakah perbuatan meminum air daum ketum tidak sama keadaannya.

Sehingga kini pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap penagih air daun ketum kerana daun ketum tergolong dalam herba dan meminum airnya hanya boleh di'charge' di bawah akta racun. Tiada ruang untuk men'charge' peminumnya di bawah penyalahgunaan dadah.

Namun, kalau mahu pihak kerajaan boleh melakukan sesuatu. Lihat bagaimana Siam menguruskan perihal daum ketum ini.

8 comments:

Anonymous said...

bagaimana caranya untuk seseorg tu berhenti daripada minum air daun ketum???

Ust Kama said...
This comment has been removed by the author.
Ust Kama said...

Minumlah air kopi....jadikan kebudayaan diri...

michie emon ^_^ said...
This comment has been removed by the author.
mohd shahir dan syamin nadirah said...

Kalau nak berhenti minum ketum senang ja..kena kuat semangat.tahan sakit.kalau koroi 3-4 hari dh boleh hilang gian..kalau minum ori..lambat sikit..kadang2 seminggu pun x jadi apa lagi..apa yg aku cakapkan ini adalah daripada pengalaman..yg berjinak2 tu depa x rasa lagi macam mana gian ketum..bukan ramai yg berjaya berhenti sendiri tanpa bantuan ubatan..pokoknya hati..tahan la sikit inshallah selepas 3-4;hari berhenti badan akan bertambah sihat..kalau x boleh berkerja ambil cuti..kalau x dapat juga pergilah jumpa doc..ambil rawatan..aku dh berjaya berhenti rasanya org lain pun boleh..tahan la sikit jangan menyerah..kuatkan semangan.sembayang hajat..buatlah apa saja yg patut ini semua untuk masa depan anda..

mat kim said...

tip untuk berhenti ketum ..
kurangkan sedikit demi sedikit ..dari 4 bungkus sehari jadi 3 1/2 ..dari 3 1/2 kurangkan pula jadi 3 ..kurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari ..kalau setakat sakit sikit2 tu tahan ja laa kejap ..bila dah rasa x leh tahan tu baru laa minum sikit ..yang penting pastikan setiap hari makin kurang ..klau sakit sikit2 tu sapu ja minyak cap kapak ..cuba kurang minum ..lama kelamaan mesti boleh..hati pon kena tabah , jgn bila sakit sikit ja pon dah lembik ,nak minum dah ..biar betul2 dah x tahan baru minum sikit ..apa yg penting niat dan tekad tu mesti ada ..saya dulu jugak penagih ketum ..kawan saya sebelum ni minum 4 bungkus sehari ,sekarang alhamdulillah dah jadi sebunkus sehari , sebulan saja dah boleh kurang jadi sebungkus ..klau utk yg x bekerja boleh laa berhenti terus ..bila sakit jaa boleh baring atas katil ..tapi untuk yg bekerja , anda boleh cuba cara ni ..InSha Allah dengan berkat usaha dan doa mesti boleh .. apa yg penting tu niat

Ahmad Faizol said...

Betol

Ahmad Faizol said...

Betol kata semngat t bos

Post a Comment