Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

Untuk dihubungi:

Email:
kama_wahba99@yahoo.com


Waktu Malaysia

Media

Sinar Harian Harakah Harian Metro Online Utara Online Warta Darulaman Bernama News Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Sinar Harian Utusan Online Berita Harian Online Tranungkite Sabahkini Sabahdaily Menarik TV3 Yahoo News Themalaysianinsider Aljazeera English Republika Online CNN News Eramuslim Al-Arabi Islamtoday BBC News BBC News WorldNewsNetwork Al-Ayyam Al-Ayyam UtaraNews dailymail Al-Monitor Islampedia

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

Online Services

maybank2u iRakyat CIMBcliks Ambank Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia MAS TRANSNASIONAL MALINDO AIR TM TM

TV ONLINE

TV Malaysia TV Pas TV3 Al-Muttaqin Malaysiakini TV

KULIAH ONLINE

Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM Airasia Airasia

AKSESORI

Facebook Youtube Photobucket Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET

Yahoo Messenger

Rujukan

Penagihan air daun ketum

January 3, 2010

Sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2009, aku banyak sekali menghadiri kenduri kendara perkahwinan. Bila banyak menghadiri kenduri kendara, banyaklah aku makan nasik berlauk gulai. Biasanya gulai daging samada kerbau atau lembu. Ada juga gulai kambing.

Nampaknya, aku tidak lagi boleh sewenang-wenangnya makan gulai daging sebagaimana beberapa tahun yang lalu. Apatah lagi makan sup kaki pada malam sesudah selesai kenduri kahwin.Baru-baru ini aku mengadu rasa pening kepala selepas pulang dari makan kenduri. Abg iparku mengesyorkan agar aku minum air rebusan daun ketum. Katanya air rebusan daun ketum boleh 'memotong' darah tinggi dan pelbagai penyakit lain. Ada orang mengatakan bahawa minum air daun ketum boleh menghilangkan penyakit selesma, menghentikan batuk-batu dan memberikan tenaga dan kesegaran kepada badan, seperti minuman isotonik.


Pokok daun ketum

Aku tidak mahu minum air daun ketum sebab ia tidak meyakinkan aku. Keberkesanan air tersebut untuk mengubat penyakit-penyakit yang disebutkan tidak melalui R&D daripada pakar-pakar dalam perubatan dan kedoktoran. Abangku menceritakan eksperimen mudahnya terhadap kemungkinan buruk daripada minum air daun ketum. Dia telah merebus beberapa helai daun ketum dan air rebusan tersebut telah disimpan dalam peti sejuk. Selepas seminggu, kelihatan permukaan air diliputi oleh getah. Katanya, kemungkinan jika air rebusan itu masuk ke dalam tubuh, ia bertindak menutup beberapa liang-liang dan pori tubuh. Andaian ini kemungkinan ada benarnya kerana bagi peminum air daun ketum, bekerja di bawah panas tidak menjadi masalah bagi mereka. Namun berkerja dalam cuaca sejuk, adalah menjadi masaalah buat mereka.

Bagi peminum air daun ketum untuk tujuan penagihan, mereka mencampurkan pelbagai ramuan lain. Ada yang mengatakan antara ramuan yang dicampurkan dalam air daun ketum adalah lingkaran ubat nyamuk, tahi lembu dan matadon. Ramai remaja yang telah terkena air daun ketum peringkat ini mengalami gangguan emosi. Seorang sahabat memberitahu bahawa di kampung mentuanya ada beberapa orang remaja yang bertindak luar batasan melawan orang tuanya. Mereka menjadi anak durhaka yang pantang ditegur dan dinasihati. Setelah diselidiki, ternyata mereka adalah kalangan yang menagih air daun ketum.

Antara yang mengambil air daun ketum untuk tujuan perubatan dan yang mengambilnya untuk tujuan penagihan, masing-masing punya implikasinya. Bagi yang mengambilnya untuk tujuan penagihan, mereka mungkin berasa lega sebab cemuhan terhadap perbuatan mereka tidak ,emjadi sengit disebabkan rasional kalangan yang mengambilnya untuk tujuan perubatan.

" Saleh (bukan nama sebenar)  yang dapat pingat  ADK..?.", seorang pakcik sekampung memberi respons ketika aku menyebutkan nama seseorang sewaktu berbual dengannya.

"Apa ADK tu?", soalku ingin tahu.

"Air Daun Ketum (ADK)", jawabnya. Saleh yang kusebutkan namanya itu katanya, merupakan penagih tegar air daun ketum. Setiap hari dia mesti 'pekena' air daun ketum. Kalau tidak, tiada sebarang kerja mampu dibuatnya.


"Peminum air daun ketum akan dianugerahkan wajahnya yang menghitam...", ujar seorang kenalanku.

Ada orang sanggup menebang kebun getah dan digantikan dengan ladang ketum.  Seorang Siam yang mengusahakan bengkel kereta di pekan Kuala Nerang memberitahuku bahawa harga daun ketum pernah mencecah 4 hingga 5 ringgit sekilo.

Kedapatan kalangan anak muda yang tinggal di kampung menghabiskan malam-malam mereka dengan berkumpul di 'dangau' belakang rumah sambil minum air daun ketum. Kalau dahulu anak muda yang buat kerja kenduri kendara kahwin perlu dihulurkan sebatang dua rokok, kini cukup dengan dihulurkan segelas dua air daun ketum.

Khabarnya penduduk Padang yang dimusnahkan dengan sebab gempa bumi itu, mereka telah mencipta satu minuman tempatan yang memabukan. Air daun ketum yang diketagihkan itu samalah dengan arak jenama-jenama terkenal sekalipun. Allah bisa menghancurkan sesebuah negeri dengan sebab penduduknya menagih minuman memabukkan, apakah perbuatan meminum air daum ketum tidak sama keadaannya.

Sehingga kini pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap penagih air daun ketum kerana daun ketum tergolong dalam herba dan meminum airnya hanya boleh di'charge' di bawah akta racun. Tiada ruang untuk men'charge' peminumnya di bawah penyalahgunaan dadah.

Namun, kalau mahu pihak kerajaan boleh melakukan sesuatu. Lihat bagaimana Siam menguruskan perihal daum ketum ini.

4 comments:

Anonymous said...

bagaimana caranya untuk seseorg tu berhenti daripada minum air daun ketum???

Ust Kama said...
This comment has been removed by the author.
Ust Kama said...

Minumlah air kopi....jadikan kebudayaan diri...

michie emon ^_^ said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment