Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Terkandas di Ulu Sapi: Banjr 2010

January 17, 2010

Hujung minggu ini aku ke Kota Kinabalu bersama sebilangan sahabat. Perjalanan pergi dan kembali diiringi dengan hujan yang turun tanpa henti. Perjalanan pergi pada jam 12 malam menempuh malam gelap berkabus dan berbahaya. Terdapat beberapa kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dalam perjalanan di beberapa lokasi antara Telupid ke Tamparuli. Namun, Alhamdulillah, ia tidak sampai menggencatkan perjalanan dan kami tiba dengan selamat ke Bandaraya Kota Kinabalu menjelang pagi.



Tanah runtuh selepas Bundu Tuhan



Sarapan pagi di Masjid Negeri, Sembulan, Kota Kinabalu.

Program yang disusun berjalan sebagaimana biasa. Para pemuda yang berkongsi tekad untuk menyemai dakwah Islamiyyah di bumi Sabah datang dari segenap ceruk Sabah.

Keadaan cuaca yang buruk dan hujan sepanjang hari menyebabkan kami mengambil keputusan untuk pulang ke Sandakan segera menjelang petang. Perjalanan pulang masih diiringi dengan hujan yang tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti. Di beberapa tempat, hujan turun renyai-renyai dan di beberapa tempat yang lain ia turun  mencurah-curah. Keadaan hujan lebat tersebut berlaku di seluruh Sabah. Dari Tawau hinggalah ke Kudat.

Perjalanan pulang ke Sandakan tersekat apabila kami melepasi daerah Telupid dan melepasi simpang ke Sapi Nangoh. Ketika itu malam telah melepasi jam 11 malam. Air sungai telah naik melimpah ke jalanraya yang merentasi sungai Muanad. Sebahagian daripada jambatan sungai tersebut berada di bawah paras air. Banyak kereta yang berbaris-baris. Sebahagian pemandunya tidak tahu hujung pangkal masalah dengan lengkap. Ada yang mengandaikan tanah runtuh. Ada yang menunggu kereta di hadapan bergerak dengan andaian air tidak cukup tunggi. Tetapi, rasanya ramai mengetahui bahawa masalahnya adalah banjir.

Beberapa sahabat keluar memantau keadaan jalan dan kemungkinan merentasi banjir tersebut untuk kembali ke Sandakan. Masing-masing berhasrat untuk meletakkan kepala di atas pembaringan selesa di rumah masing-masing pada sebahagian malam yang berbaki itu. Ternyata ramai yang tidak berani melepasi kawasan banjir tersebut. Sementelahan malam gelap dan tidak dapat mengukur tahap keselamatan. kenderaan ketika meredah air. Kami membuat keputusan untuk berpatah balik mencari mana-mana masjid buat beristirehat pada malam tersebut. Bagaimana mungkin hendak ditunggu kemungkinan perjalanan traffic kembali lancar sedangkan hujan masih turun bagai tidak akan berhenti. Padahal, kami perlu berehat dan paling penting mencari tempat yang boleh menunaikan hajat. Perut yang sakit dan pundi kencing yang sarat adalah dua ancaman keselesaan ketika perjalanan jauh.

Sebuah masjid yang terletak di jalan Sapi Nangoh menjadi pilihan kami. Sekurang-kurang kami boleh solat subuh di esok paginya. Ada sebuah keluarga yang mengalami nasib yang sama turut bermalam di sana.

Paginya, kami merisik khabar daripada beberapa sahabat di Beluran. Kalau-kalau air telah surut. Kami menalifon Balai Polis Beluran untuk mendapat khabar terkini mengenai keadaan banjir. Jawapannya air bertambah naik. Sambil menanti air surut dengan penuh harapan, kami melencong ke Air terjun Bakung-Bakung, lokasi yang disasarkan sebagai tapak program dakwah-tarbiah pada masa terdekat. Alang-alang sudah berada di Ulu Sapi, kami mengambil peluang memantau tempat tersebut dan menilai potensinya.








Suasana di air terjun Bakung-Bakung.

Sekembali melawat Air terjun Bakung-Bakung, kami singgah bersarapan pagi di sebuah restoran di Ulu Sapi yang dikendalikan oleh warga Pakistan. Restoran Bintang Adil  namanya. Ramai mangsa kandas banjir singgah bersarapan.

"Sungguh berani orang Pakistan...", seorang sahabat menyuarakan kamentarnya tentang keberadaan sebuah restoran milik orang Pakistan di sebuah tempat yang jauh dari kelompok mereka dan di keliligi oleh masyarakat estet.  Sememangnya dalam banyak keadaan, orang Pakistan memperlihatkan semangat yang tinggi dalam membagunkan taraf hidup mereka. Kekadang, di sebuah daerah pendalaman di  Ulu Sarawak, kita akan bertemu dengan seorang pemuda Pakistan menjual kain.

Menunggu air surut tidak menyelesaikan masalah kami. Kami mahu balik ke rumah di Sandakan. Oleh itu, kami bersetuju untuk membuat keputusan untuk pergi ke kawasan yang dinaiki air, iaitu  jambatan sungai Muanad. Beberapa pilihan telah menjadi perbincangan, termasuklah meredah dengan berjalan kaki dan meninggalkan kereta di rumah seorang warga Ulu sapi yang berada di sekitar kawasan banjir, lalu datang mengambilnya semula bila air surut. Namun, ketika kami sampai, ramai yang menyemberang dengan menolak kereta yang dimatikan enjinnya.

Beberapa pemuda di  lokasi tersebut menawarkan kepada pemandu yang terkandas dan mahu segera melintas halangan air banjir untuk menolak kenderaan dengan bayaran RM30.00. Beberapa orang menerima tawaran tersebut dan kami melihat kereta mereka berjaya berada disemberang dengan selamat.



Menunggu giliran merentas banjir.


Menilai kemungkinan sebuah kereta Unser melepasi halangan banjir.


 SRZ & Sukma (bukan Sukma Darmawan)



Mulakan cabaran



Tolak betul-betul makcik ...jangan sentuh aje...hehe


Air melepasi paras lutut..

Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke semberang jambatan dengan selamat. Walaupun kami basah dek hujan, selamat RM 30.00. Anak Legeh yang bertolak pulang lebih lewat daripada kami bersama sahabat seperjuangannya dari Kinabatangan berjaya menyelamatkan diri mereka dari kebasahan dek hujan dan meredah air banjir tetapi telah mengorbankan RM30.00.


Perjalanan yang meletihkan tetapi satu tamrin yang berkesan Allah kurniakan kepada kami. Demikian yang dapat dirasakan. Semoga Allah memberikan lonjakkan semangat kepada pemuda-pemuda yang terpilih dan jadikanlah kami orang yang terpilih itu. Allahumma ameen.

3 comments:

Moja said...

Salam. 1st time komen di blog saudara ni.
Teruk juga ya banjir di ulu sapi tu. Memang
penat betul berada di situasi banjir.

Anonymous said...

jarak antara pekan beluran dan air terjun tu berapa jauh ?

PERENUNG LANGIT said...

Lebih Kurang 70 KM...

Post a Comment