Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Sepintas lalu

January 1, 2010

Cuti persekolahan telah tamat. Kini tahun 2010 menjelang. Aku mencecahkan kaki kembali ke bumi Sabah pada hari ini setelah lebih sebulan bercuti di kampung. Musim cuti sekolah tahun ini aku banyak habiskan dengan menghadiri jemputan kenduri kahwin yang diadakan di sana sini. Cuti kali ini juga keluargaku mengadakan kenduri kahwin adik bongsuku. Dalam sibuk menghadiri kenduri kahwin sana sini serta membuat persiapan kenduri kahwin adikku, aku sempat membawa keluargaku melancung ke Pulau Langkawi.

Banyak yang menarik hatiku untuk ditulis sepanjang percutian kali ini. Namun, aku tidak dapat membuat acces internet dengan mudah selama di kampung. Selain sukar mendapat acces, aku juga sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar.Kebanyakan akiviti tersebut adalah aktiviti kekeluargaan.

Aku ingin menulis tentang ramai orang di kampung-kampung di serata negeri Kedah yang yang menjadi penagih air daun ketum. Aku ingin menulis tentang keadaan negeri Kedah sejak diperintah oleh kerajaan baru yang diterajui oleh PAS. Aku juga ingin menulis mengenai keadaan masyarakat kampungku yang berpecah disebabkan sentimen parti politik. Tentang perbuatan kalangan UMNO tegar yang mengamalkan perbuatan boikot dan ananiyyah. Aku juga ingin menulis tentang lemahnya sistem tarbiah dikalangan pimpinan PAS peringkat Kawasan dan juga pendokong-pendokong PAS.

Semua itu mahu sahaja aku tulis kalau aku ada masa. Tapi aku tidak punya kesempatan sedikitpun untuk menaip apa-apa posting semasa di kampung.

Pada hari terakhir aku di kampung, dalam kesempatan satu ceramah di daerah Padang Terap, aku bertemu dengan ust. Abdullah Din yang dulunya pernah berkhidmat di Sabah. Kini di bertugas di Kuala Nerang.

Malam ini aku terpaksa menginap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Aku tiba kira-kira jam 8 malam tadi. Esok penerbangan ke Sandakan adalah jam 7.10 pagi. Lapangan terbang ini masih baru dan lengang.Kedai makan pun tak banyak. Yang ada cuma Mc Donald dan Asian Delight. Aku tak pernah singgah makan di Mc Donald. Tapi kali ini terpaksa sebab perut anak isteriku dan aku sendiri lapar.

Yang bagusnya tempat seperti Mc Donald ni ada wirelessdan boleh acces internet. Wireles lapangan terbang ada juga tetapi mereka kedekut dan meetakkan pasword dan perlu dibayar untuk mendapatkannya. Di lapangan terbang KLIA sendiri pun wirelessnya terhad penggunaannya untuk 2 jam sahaja.

Kononnya kerajaan mahu menjadi Malaysia negara canggih IT, tetapi kenapa tidak diperluaskan wireless percuma di mana-mana premis milik kerajaan?

Di Mc Donald aku menulis pada malam ini setelah sekian lama tidak menulis.

0 comments:

Post a Comment