Agama Islam bukan sebagaimana yang dicuba gambarkan oleh orang kafir dari kalangan orientalis. Mereka menyandarkan agama Islam kepada Muhammad dengan maksud ia adalah agama bikinan Muhammad. Sebab itu, kita mendapati istilah yang dijenamakan terhadap teks perundangan Islam di zaman dulu sebagai "Mohammadan Law". Padahal, ia bukan "Muhammadan Law", tetapi ia adalah Islamic Law. Persepsi mereka alah untuk menyempitkan Islam dalam ruang lingkup individu sebagaimana agama-agama lain yang pernah lahir di dunia. Agama Budha mendapat nama daripada Sidarta Gautama Budha. Agama Yahudi juga terbit daripada nama Yahuda, seorang lelaki dari kalangan Bani Israil. Agama Kristian bersandarkan nama Jesus Christ. Sebagaimana mereka melihat agama-agama lain, demikian mereka cuba melihat agama Islam. Padahal Islam bukan seperti mana-mana pun agama yang pernah lahir dan dibawa oleh manusia selain nabi Muhammad SAW.
Memberikan nama agama bersandarkan pembawanya adalah wajar untuk agama selain yang diikuti oleh ummat Muhammad SAW. Allah sendiri memberikan jenama berdasakan nama nabi yang mendakwah sesuatu kaum. Allah SWT berfirman:
سلام على إل ياسين
" Selamatlah ke atas pengikut nabi Ilyas".
Para pengikut nabi Ilyas dinama "Ilyasin".Maka setiap pengikut para nabi boleh dipanggil berdasarkan nama nabi mereka. Umpamanya pengikut nabi Nuh boleh disebut Nuhin. Pengikut nabi Hud disebut Hudin dan begitulah seterusnya.Ia sesuai kerana agama Islam yang mereka dakwahkan hanya untuk kaum mereka sahaja. Ianya eksklusif dan keluar dari kemlompok kaum yang diperintahkan mereka sampaikan dakwah.
Namun, nabi Muhammad SAW bukan diutuskan kepada satu kaum sahaja. Baginda diutuskan kepada seluruh alam. Maka tidak wajar sama sekali menyebutkan pengikut banginda sebagai Muhammadin. Orang Barat yang menamakan jurisprudence Islam sebagai Muhammadan Lawa adalah satu penghinaan kepada kesejagatan Islam.
0 comments:
Post a Comment