Orang-orang bodoh hanya akan menyokong orang bodoh sahaja. Itulah sahaja yang mampu aku katakan kepada pengamal media songsang di Malaysia yang menyebutkan bahawa para mujahidin di Syria sebagai pemberontak. Sungguh memalukan apabila tentera Bashar Al-Asad itu dinamakan sebagai tentera kerajaan dan yang berjihad menentang kezaliman Bashar Al-Asad itu sebagai pemberontak. Apa yang sebenarnya pengamal media songsang itu ingin tanamkan dalam minda rakyat? Mereka tidak akan berjaya. Berita mereka akan disepak berkecai oleh rakyat yang telah sedar dan terdedah kepada maklumat.
"Pemberontak" . Demikianlah mereka namakan perjuangan rakyat. Di Syria mereka namakan begitu. Di Turki, para demonstran mabuk yang gila arak dan penagih sekularisma yang diperam Kamal Attarturk (Allah melaknatnya) itu pula diberitakan sebagai kebangkitan rakyat. Berita yang bernada pesimis pula terhadap kepimpinan Mursi di Mesir. Keadaan tidak stabil di Mesir cuba digambarkan sebagai bahana akibat menentang kerajaan dan menumbangkan kerajaan Mubarak terdahulu.
Media massa yang memihak kepada durjana ummat itu amat celaka. Para penyebar tinta berita sedemikian akan menanggung beban berat di mahsyar kelak. Para penyembur air liur berita khianat buat ummat itu akan hina malahap dosa sendiri di akhirat. Penulis berita yang menghina ummat itu akan menyapu nanah dosa dengan dengan tangan berdosa itu. Jangan jadikan tugas sebagai alasan. Setiap orang diberi akal dan harga diri serta maruah akan menentukan keputusan apa yang terbaik. Menjadi pasukan media massa penjilat dan bergabung bersama mereka dalam keadaan terpaksa demi sesuap razeki, itu lebih hina daripada hidup menjalar kaki lima mengemis simpati dari derma orang.
Sampai bila hendak diungkapkan kata-kata: "kami orang bawahan yang tidak berdaya....bos kamilah yang punca semua ini...". Kalau tidak mampu menegakkan harkat diri dan membantah kemaksiatan, maka keberadaan bersama media sedemikiann bukan lagi ibadah.
Allah tidak sekali-kali menerima escapisme manusia seperti ini. Para penerbit, pembaca berita, penulis, editor dan semua penyokong agenda memperbodohkan umat akan jawab di depan Tuhan kelak. Jangan harap boleh lari. Allah berfirman dalam Al-Quran:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ
قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ
تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ
وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang yang
diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, malaikat bertanya
kepada mereka : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". mereka menjawab:
"Adalah kami orang-orang yang lemah tidak berdaya di negeri (Mekah)".
para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat
berhijrah di bumi itu?". orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan
Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.
(Susrah An-Nisak: Ayat 97)
Dalam saat genting seperti ini, masih lagi berpihak kepada Bashar Al-Asad taghut Nusairiah. Boleh biarkan ummat tertanya-tanya apa yang demonstran di dataran Taksim Turki mahukan. Sengaja pula disenyapkan muslihat tersembumyi mereka itu yang mahu mempertahankan najis sekularisma yang kian terkikis. Tidak diwar-warkan botol arak yang mereka puja dan dengki cemburu mereka kepada sejarah gemerlap khalifah Othmaniah di Turki. Boleh pula dendangkan kegagalan revolusi rakyat Mesir apabila terjadi apa yang sedang terjadi di Mesir.
Memang semua ular kepalanya sama. Sifat ular semuanya membelit. Kalau sudah sifatnya musang suka makan ayam, tak guna diajar minum susu. TV dan akhbar pembelit akan terdedah juga terbelangnya walau dihias dengan pelbagai program dan berita yang muluk. Saudara Bashar akan berbahasa seperti Bashar walau di mana berada. Jika Islam ada pendokongnya, para taghut juga akan ada penyokongnya.
Hancurlah para taghut dan para penyokong mereka. Allahumma ameen.
0 comments:
Post a Comment