Bukan Perpecahan yang ditakuti
Bukan perpaduan yang diburu
Tapi kebenaran itulah andilnya
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا أَنِ
اعْبُدُوا اللَّهَ فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ
Dan demi sesungguhnya kami telah mengutuskan kepada kaum Tsamud saudara mereka yang bernama Soleh mengajak mereka kembali menyembah hanya Allah semata-mata, lalu kaum tersebut berpecah dua dan saling mereka saling bersengketa.
Surah An-Namlu: Ayat 45
Kata orang, apa yang kamu buat ini akan menimpulkan perpecahan bangsa dan nusa. Mungkin juga dikatakan perpecahan dalam agama. Hatta, kekadang demi sebuah perpaduan utuh, orang selalu berhujah tentang perlunya pendamkan kebenaran.
Apa guna kebenaran kalau akibatnya perpecahan?Demikian diperingatkan.
Biarlah bid'ah itu menjadi amalan kerana ia sudah merata dalam masyarakat. Jika kamu cuba membetulkannya, kamu hanya akan menuai perpecahan. Demi kerukunan masyarakat, pejamkan sahaja matamu dan terimalah ia sebagai perkara biasa.
Wahai...bukankah nabi Soleh datang memecahkan kesatuan kaumnya yang batil?
Setengah orang pula berkata, demi perpaduan Melayu, lebih baik kita memilih pemimpin Melayu yang perasuah sekalipun ada pemimpin Cina yang amanah. Tidak lain ini hanyalah falsafah sesat yang mengajak memperjuangkan kebatilan dengan menggunakan lebel indah bernama perpaduan...

Hubaya hubaya...
0 comments:
Post a Comment