"Lihat...duit RM50 dua keping...seratus...!", seorang sahabat jemaah surau Al-Fajar menunjukkan kepadaku dua keping duit RM50 yang dilipat bersama.
"Orang ini derma seratus ringgit...", tambah sahabat ahli jemaah tersebut.
"Subhanallah...Yubaarik fihillah....", aku melahirkan keterkejutanku."Allah meberkatinya...", lanjutku.
"Nah..orang ini ikhlas mendermakan wangnya...", ustaz Mohd Syahran mencelah dengan nada bergurau sambil menunjukkan wang sepuluh ringgit yang dilipat halus.
Abdul Muda, Hj. Jaidin, Suradi, Ust Mohd Shahran, Ust. Mohd Syukri, Aizat dan aku...berada dalam surau Al-Fajar pada malam ini.
Kami sedang membilang duit tabung surau Al-Fajar setelah berakhirnya Ramadhan dan hari raya puasa. Selonggok duit kertas yang berbagai nilai dengan syiling berada di depan kami untuk dihitung jumlahnya.Longgokan tersebut membayangkan dermawan para pengunjung yang bertaraweh dan solat eidul fitri pada tahun ini.Semua itu menjadi derma yang punya ganjaran masing-masing di sisi Allah swt.
Sekoyong aku terkenang Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 274:
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka yang telah membuktikan infaq mereka di Surau Al-Fajar, mudahan termasuk dalam janji Allah tersebut.
Hitungan pada malam ini berkesudahan dengan keputusan kutipan sebanyak RM2796.00., lebih kurang sama dengan kutipan tahun lalu. Ia adalah kutipan yang memberangsangkan. Hj. Ayung, pengerusi surau Al-Fajar pernah memaklumkan kepadaku bahawa kutipan sebanyak itu adalah terbanyak dalam rekod surau Al-Fajar pada tahun lalu.
Cerita Salasilah
-
Orang-orang di sekitar kampungku ramai yang masuk dalam kumpulan yang
dinamakan keturunan Wan Mustapha. Menurut Cerita, Wan Mustapha itu
bersambung lelu...
0 comments:
Post a Comment