Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya: Sesiapa yang puasa Ramadhan, kemudian diikuti enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)
Bulan Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjelma. Setelah habis merayakan Eidul Fitri, marilah sama-sama kita mencari ruang fadhilat untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Puasa enam hari di bulan Syawal amat besar kelebihannya.
Satu persoalan yang sering berlegar di kalangan orang ramai berhubung puasa enam hari di bulan Syawal ini ialah mana yang hendak didahulukan, puasa qada ramadhan atau sunat enam hari dalam bulan Syawal? Apakah seseorang yang ada qada Ramadhan perlu gantikan dahulu Ramadhannya itu sebelum mendapat fadhilat berpuasa enam hari sunat bulan Syawal?Apakah boleh puasa qada dan sunat serentak?
Beberapa pandangan:
1. Syeikh Atiah Saqar (Ketua Majlis Fatwa Tertinggi Al-Azhar)-Memadai seseorang yang masih mempunyai qada Ramadan dengan berniat puasa Ramadhan dan dengan itu terhasillah pahala sunat Syawal. Tetapi adalah afdal jika melakukannya secara berasingan.
2. Syeikh Usaimin rahimahullah mengatakan bahawa sesiapa yang berpuasa sunat pada hari Arafah atau 'Asyura sedangkan dia masih belum qada Ramadhan, perbuatan itu dibenarkan dan puasa itu adalah Sah. Jika dia berniat qada Ramadhan pada hari-hari tersebut, baginya dua pahala. Pahala puasa sunat dan pahala puasa qada. Ini kerana puasa sunat tersebut tiada kaitan dengan Ramadhan. Tetapi...bagi puasa sunat enam hari di bulan Syawal, ia adalah puasa yang berkait dengan puasa Ramadhan. Jika berpuasa sunat sebelum sempurna qada Ramadhan, tiadalah baginya pahala puasa setahun sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah saw. Ini kerana hadis tersebut menyebutkan "sesiapa yang berpuasa Ramadhan", dan orang yang masih belum mengqadakan Ramadhan tidak dianggapkan berpuasa Ramadhan sehinggalah dia menyempurnakan apa yang wajib baginya dalam Ramadhan.
3. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi setelah memperakui bahawa persoalan solat qada dan solat sunat Syawal ini adalah perkara yang dikhilafkan oleh para ulama, beliau mentarjihkan bahawa puasa sunat Syawal sebelum qada Ramadhan adalah diharuskan berasaskan satu riwayat bahawa Aishah r.a hanya mengqadakan Ramadhannya hanya pada bulan Sya'ban. Adalah mustahil Aishah tidak berpuasa sebarang sunat selama sepuluh bulan sebelum menjelang Sya'ban. Oleh sebab itu, tidak menjadi kesalahan berpuasa sunat Syawal sebelum qada Ramadhan. Namun, menurut beliau, adalah elok jika perempuan mengkaqakan puasa Ramadhannya sebelum sunat Syawal kerana tiada siapa dapat menjamin umurnya.

0 comments:
Post a Comment