Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Ayuhlah solat subuh berjemaah!

September 8, 2009


Dari laman blog baru Ust Kama: Kuliah Subuh

Sesungguhnya solat dalam Islam mempunyai kedudukan yang istimewa dan besar, tidak menyamainya mana-mana ibadatpun. Ia merupakan tiang agama. siapa mendirikannya. dia telah mendirikan agama dan siapa yang meninggalkannya, dia telah meruntuhkan agama. lantaran istimewa dan besarnya kepentingan ibadat solat dalam Islam, maka Allah menfardhukannya secara langsung kepada nabi Muhammad SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Sehari semalam Allah menfardhukan solat 5 kali iaitu, Zohor, Asar, Maghrib dan Subuh. Jumlah waktu ini adalah sabit berdasarkan hadis-hadis Rasulullah dan telah menjadi ijmak para ulama. Tidak menafikan kefardhuan dan jumlah solat ini melainkan mereka yang engkar dan kufur kepada Allah SWT.

Di antara semua solat ini, solat subuh mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dalam Al-Quran Allah berfirman:

أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُوداً

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

(Surah Al-Israk: Ayat 78)

Disebutkan dalam kitab Al-Muwatta' imam Malik, sebuah riwayat daripada Uthman bin Affan R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله

" Sesiapa yang solat Insya berjemaah, maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam."

Siapa yang tidak ingin qiamullail sepanjang malam? Hanya melakukan solat insya berjema'ah dan subuh berjema'ah, seseorang itu diberi pahala qiamullail sepanjang malam. Sesungguhnya Islam telah jalan mudah buat umat, maka amat rugi mereka yang mensia-siakan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah menggambarkaan mengenai kelebihan solat subuh berjemaah menerusi sabdanya yang disebutkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim, riwayat daripada Abu Hurairah R.A :

إن أثقل صلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا، ولقد هممت أن آمر بالصلاة فتقام، ثم آمر رجلاً فيصلي بالناس، ثم أنطلق معي برجال معهم حزم من حطب إلى قوم لا يشهدون الصلاة فأحرق عليهم بيوتهم بالنار

" Sesunguhnya solat yang berat untuk dilakukan (secara berjeme'ah )oleh orang-orang munafiq ialah solat Insya dan Subuh. JIkalah mereka mengetahu kelebihan solat Insya dan Subuh berjema'ah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak. Dan sesungguhnya aku bercita-cita untuk menyuruh manusia mengerkan solat dan menyerahkan kepada seseorang menjadi imam solat, kemudian aku aku dan beberapa lelaki bersama kayu api akan pergi kepada mereka yang tidak menghadirkan diri untuk solat berjema'ah lalu aku bakar rumah-rumah mereka dengan api".

Berkata Ibn Umar R.A:

كنا إذا فقدنا الرجل في الفجر والعشاء أسأنا به الظن

"Sesungguhnya kami, apabila tidak melihat mana-mana lelaki dari kalangan kami hadir solat subuh berjema'ah, kami buruk sangka kepadanya".

Dalam sunan Ibn Majah, riwayat daripada Samrah R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

من صلى الصبح في جماعة فهو في ذمة الله تعالى

" Sesiapa yang solat Subuh berjema'ah, maka dia berada dalam peliharaan Allah ta'ala"

Berkata Umar Al-Khattab R.A:

لأن أشهد صلاة الصبح في جماعة أحب إلي

من أن أقوم ليلة

"Demi sesungguhnya, solat Subuh berjema'ah itu lebih aku sukai daripada quamullail sepanjang malam".

Demikianlah Islam meletakkan keistimewaan bagi solat Subuh berjema'ah. Jika kita melihat para sahabat dan mereka yang menjejaki jalan para sahabat, mereka amat suka hadir solat Subuh berjema'ah. Bagaimanakah kita yang hari ini mengakui orang Islam yang berjalan di atas manhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah tetapi menyalahi jalan yang ditunjuki oleh sunnah Rasulullah dan amalan para sahabat. Ketika azan Subuh dilaungkan, kita masih lagi dibuai mimpi atau malas-malasan untuk bangun. Jika bangunpun, bukan terdetik untuk ke masjid dan solat berjema'ah.

Cubalah lihat dua tokoh pejuang syahid Palastin, Syeikh Ahmad Yasin dan Abd Aziz rantisi. Waktu mana mereka ditembak helikopter Israel dan gugur syahid. Mereka terkorban tatkala keluar ke masjid untuk solat Subuh. Kita pun nak syahid. Kita sering berdoa minta mati syahid tetapi tidak pula mencontohi cara hidup para syuhada.

Kita tak akan syahid di medan perjuangan sebaliknya akan syahid di atas katil!

Semoga Allah menetapkan pendirian kita semua dan menjadi orang-orang beriman yang memulakan harinya dengan hadir solat subuh berjema'ah di masjid.




Allahumma amin.



0 comments:

Post a Comment