Dr Mahathir berkata:
"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud."
Sumber: MalaysiakiniDr. Mahathir, seorang mantan perdana menteri Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan di saat dia berdepan dengan kemarahan sebahagian besar rakyat sering mengeluarkan kenyataan sejak dia meletakkan jawatan sehinggalah kini. Ketika Abdullah Badawi menjawat jawatan perdana menteri, dia sering mengganggu. Dia antara yang mendesak Abdulah Badawi meletakkan jawatan atas alasan yang berbaga-bagai. Bila Najib Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, dia terus dengan kecenderungannya.Dalam kenyataan-kenyataannya yang bernada lembut itu sebenarnya dia menyampaikan mesej tersirat;
"buatlah sebagaimana yang saya sebut...saya pernah jadi PM dan anda semua kena dengar cakap saya...".
Kalaulah saya jadi Dr. Mahathir, saya berhenti mengganggu pemerintahan dan pentadbiran negara. Saat tua yang berada di penghujung hayat ini, akan aku pergunakan untukbertaqarrub dengan Allah dan bertaubat dari segala dosa masa lalu. Dengan itu aku akan mendapat kasih Alllah biarpun selama Allah jauh daripadaku.
Kalau saya jadi Dr.Mahathir, saya gunakan duit-duit yang saya kumpulkan untuk membangunkan rumah-rumah anak yatim,membantu golongan masakin dan mustadh'afin serta geladangan. Dengan itu, aku akan dikasihi rakyat biarpun satu ketika rakyat membenciku.
Kalau aku jadi Dr. Mahathir, aku akan habiskan masaku mengarang segala pengalaman masa laluku berkaitan wawasan pentadbiran negara untuk menjadi bacaan rakyat. Dengan itu rakyat boleh membaca bukuku dan menambahkan pengetahuan mereka. Ahli politit pula boleh membaca dan memikirkan kesinambungan kepada segala wawasan yang saya yang baik dan memprbaiki kekurangan yang telah berlaku.
Kalau aku jadi Dr. Mahathir, aku akan menjelajah ke serata dunia,menubuhkan yayasan-yayasan di negara miskin,terutama negara-negara Islam bagi membantu rakyatnya membangunkan ekonomi mereka, rasa harga diri dan kalau boleh perasaan cinta agama buat mereka. Sekurang-kurangnya aku berbuat lebih baik daripada John F.Kennedy,bekas presiden Amerika Syarikat yang membina yayasannya di negara-negara miskin.
Kalau aku jadi Dr.Mahathir, aku pergi umrah dan haji selalu. Aku taja orang lain pergi umrah dan haji agar aku dapat pahala haji mereka.
Kalau aku jadi Dr. Mahathir, aku buka ladang ayam, kambing dan lembu. Aku gajikan budak-budak muda bekerja menguruskannya. Aku buka kilang makanan berasaskan daging agar ayam, kambing dan lembuku aku sendiri yang proses dan jualkan buat rakyat negaraku. Makanan itu itu aku bungkus dan letak jenama yang berkaitan dengan namaku. Aku iklankan dalam media, siapa beli makanan yang aku buat, 50 peratus keuntungan adalah untuk disalurkan kepada yayasan yang aku bina, lebih daripada yang dibuat oleh syarikat Sazarice dengan berasnya. Aku bantu rakkyat Palastin dan tidak cuma marahkan negara Arab maupun Barat dalam isu Palastin.
Kalau aku jadi Dr.Mahathir, aku tak mahu lagi camputangan soal pilihanraya Batang Pinang. Siapa yang akan dicalonkan oleh parti yang aku bekas presidennya. Biar presidennya sekaranglah buat keputusan. Pandai-pandailah dia. Aku tak pedulikan lagi soal Isa Samad. Aku sibuk dengan amal-amal fardhi dan kerja amal nasioanal dan alami.
Aku nak pahala sebanyak mungkin agar aku menemui Allah dalam keadaan husnulkhatimah.
Kalau aku jadi Dr.Mahathir....
Tapi Dr.Mahathir pun tak nak jadi dirinya. Dia kata kalau dia jadi Isa Samad. ...
0 comments:
Post a Comment